Page 49 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SKHB TAHUN 2022 2023
P. 49

“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “










                       SK Hujung Bandar adalah sebuah sekolah yang terletak di kg Hujung Bandar.  Tuan
               Haji  Hassan  bin  Haji  Teh  (Allahyarham)  telah  mewujudkan  sebuah  institusi  pendidikan  di
               bawah  rumahnya  dan  pengajian  asalnya  berdasarkan  kitab  jawi.    Atas  kegigihan  beliau
               maka sebuah bangunan sekolah telah dibina pada tahun 1952 bagi menampung keperluan
               pendidikan penduduk sekitarnya.


                       Sekolah  ini  didirikan  secara  bergotong-royong  oleh  penduduk  kampung  di  atas
               sebidang tanah seluas 2 relong yang disumbangkan oleh Encik Yahya Bin haji Taib.  Usaha
               mendirikan sekolah mendapat perhatian dan sokongan Encik Jusoh Bin Awang iaitu Penghulu
               Mukin Teloi pada masa itu.  Bangunan sekolah ini berukuran 20 x 40 dengan berdindingkan
               buluh  dan  beratap  rumbia.    Cikgu  Yusuf  bin  Lembut  adalah  guru  pertama  di  sekolah  ini
               dengan  murid  30  orang.    Pembayaran  gaji  adalah  mengikut  pendapatan  yang
               disumbangkan  oleh  waris.  Urusan  pentadbiran  dikelola  oleh  sebuah  jawatankuasa  yang
               dipimpin Tuan Haji Hassan bin Haji Teh.  Sekolah ini dikenali sebagai ‘Sekolah Rakyat’.

                       Sekolah ini mendapat sambutan dari penduduk setempat dan masalah baru yang
               timbul ialah kekurangan tenaga pengajar.  Untuk mengatasi masalah tersebut, Encik Ayob
               bin  Lebai  Din  telah  dijemput  untuk  membantu  Cikgu  Yusuf  bin  Lembut.    Cikgu  yusuf  telah
               berhubung dengan Pejabat Pelajaran Kedah untuk mendapatkan bimbingan dan bantuan.
               Asil usahanya, bantuan  sebanyak RM1800.00 telah diberikan oleh Pejabat Pelajaran Kedah
               untuk membeli perabot dan gaji sebanyak RM38.00 sebulan kepada setiap guru.  Sekolah
               Rakyat Hujung Bandar telah bertukar kepada Sekolah Rakyat Bantuan Separuh Kerajaan.

                       Pada 16 Oktober 1954 sekolah ini hangus dijilat api.  Penduduk tempatan membina
               semula  bangunan  baru  secara  bergotong  -  royong  daripada  kayu,  bertam  dan  rumbia.
               Sekolah ini terus beroperasi memberi pendidikan kepada anak watan sehinggalah bangunan
               baru dibina dengan bantuan penuh kerajaan.  Pegawai Daerah Sik pada masa itu, Yang
               Teramat Mulia Tengku Nong Jawa telah mengadakan lawatan serta meletakkan batu asas
               bagi pembinaan bangunan baru pada 1 Januari 1963.  Pada tahun 1972, bangunan dua
               tingkat serta sebuah kantin yang dibina di bawah Projek Sumbangan Bank Dunia. Sekolah ini
               terus mendapat perhatian apabila sebuah lagi bangunan dua tingkat dibina.  Turut dibina
               bangunan rumah guru (dua pintu).

                       Pada tahun 2003 sebuah bangunan makmal komputer Fasa 1 telah dibina di sekolah
               ini.  Seterusnya dua buah rumah guru berkembar telah siap dibina pad tahun 2005.  Sekolah
               ini  telah  maju  setapak  apabila  rumah  guru  lama  diubah  suai  dan  jadikan  bangunan
               prasekolah dan beroperasi buat pertama kalinya pada 2006.













                                                               47
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54