Page 3 - LAPORAN RBT TINGKATAN 3
P. 3
Abstrak
Produk Kipas Automatik ini dihasilkan dengan
tujuan menyejukkan badan dengan mudah,berputar
kipas secara automatik dan kelajuan bagi berputar
kipas adalah seragam.Pengguna kipas kertas
didapati menghadapi kesukaran menyejukkan badan
mereka kerana proses menyejukkan badan mengambil
masa yang panjang dan boleh melenguhkan tangan.
Melalui proses penyelesaian masalah secara
inventif, reka bentuk elektrik dan reka bentuk
elektronik telah dipilih untuk digabungkan bagi
menghasilkan reka bentuk Kipas Automatik.Reka
bentuk ini membolehkan produk menyejukkan badan
dengan mudah, berputar kipas secara automatik dan
kelajuan bagi berputar kipas adalah seragam.
Laporan ini turut memuatkan langkah-langkah
menghasilkan produk. Keputusan yang diperoleh
daripada pengujian dan penilaian yang telah
dijalankan membuktikan bahawa produk mampu
memenuhi objektif asal penghasilannya. Produk juga
mendapat maklum balas yang positif daripada
pengguna yang telah menguji produk ini. Selain
daripada itu, laporan ini turut menyatakan
cadangan penambahbaikan bagi memperbaiki kelemahan
dan memantapkan kualiti produk Kipas Automatik
yang akan dihasilkan pada masa hadapan.
2

