Page 10 - MPS2021
P. 10

SMK LKTP JENGKA 2
         26430 BANDAR JENGKA,PAHANG                                                       Manual Pengurusan Sekolah 2021
                                                 PIAGAM PELANGGAN
                                  SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 2

       KAMI WARGA SEKOLAH INI DENGAN PENUH ILTIZAM, BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH
                                          TENAGA DAN USAHA KAMI KEPADA

      MURID
         Memastikan kecemerlangan akademik dalam peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman sekolah
         Memastikan murid belajar dalam suasana yang kondusif
         Memastikan pembangunan kerohanian, kebajikan dan keselamatan murid diutamakan
         Memastikan  semua  murid  mendapat  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  berkualiti  mengikut  jadual
          waktu yang ditetapkan
         Memastikan semua hasil kerja murid disemak dengan teliti dalam jangka waktu yang ditetapkan
         Melahirkan  murid  yang  berilmu,  beriman,  berakhlak,  kreatif  dan  inovatif  demi  kesejahteraan  diri  dan
          Negara
         Melahirkan  murid  yang  berkualiti  dan  bersepadu  dari  segi  akademik,  kemahiran  insaniah  dan  bina
          insan,  serta    memiliki daya tahan dan daya juang yang tinggi
         memberi  khidmat  kaunseling  kepada  murid  yang  bermasalah  dan  mencari  jalan  penyelesaian  yang
          dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh murid
         Mencapai 6 Aspirasi Murid mengikut PPPM 2013-2025

      GURU DAN AKP
         Bertugas  sebagai  pendidik  dan  pembimbing  kepada  anak  didik  dengan  penuh  mesra  dan  ber-
          tanggungjawab
         Memastikan pengagihan waktu PdPc yang seimbang dari mengikut opsyen
         Memastikan setiap guru dan AKP mendapat peluang latihan sekurang-kurangnya 42 jam kredit atau 5 @
          7 hari setahun untuk meningkatkan profesionalisme mereka
         Memastikan guru dan AKP yang baru bertugas menerima bayaran gaji dalam tempoh sebulan selepas
          pendaftaran masuk.
         Memastikan agihan tugas diberi secara adil dan seimbang
         Menyediakan guru dan AKP yang dedikasi, prihatin, sedia membantu dan bekerjasama dengan pihak
          sekolah, ibubapa dan komuniti
         Menyediakan  kemudahan  dan  persekitaran  tempat  kerja  yang  kondusif  dengan  mengutamakan  hal
          kebajikan mereka
         Mencapai 9 Bidang Keutamaan mengikut PPPM 2013-2025

      IBUBAPA/PENJAGA DAN PELAWAT
         Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra pelanggan
         Meningkatkan permuafakatan dan penglibatan guru, murid, ibu bapa, komuniti, agensi kerajaan dan
          badan bukan kerajaan dalam urusan pendidikan sepanjang hayat
         Memastikan segala aduan daripada ibu bapa/penjaga mendapat layanan segera
         Memastikan  laporan  kemajuan  murid  disampaikan  kepada  ibu  bapa/penjaga  selepas  penilaian
          Pertengahan Tahun dan Penilaian Akhir Tahun
         Mencapai 11 Anjakan Transformasi Sistem mengikut PPPM 2013-2025

      PEMEGANG TARUH
         Memastikan segala laporan dihantar ke KPM, JPN, PPD sebelum atau pada masa yang ditetapkan
         Memastikan  segala  urusan  surat  menyurat  dengan  KPM,  JPN,  PPD  diambil  tindakan  dalam tempoh  7
          hari
         Memastikan program kecemerlangan akademik,  kemahiran insaniah dan bina insan yang diarahkan
          oleh KPM, JPN, PPD dilaksanakan dengan jayanya
         Mencapai 5 Aspirasi Sistem mengikut PPPM 2013-2025









                                                                                                                10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15