Page 3 - MPS2021
P. 3

SMK LKTP JENGKA 2
         26430 BANDAR JENGKA,PAHANG                                                       Manual Pengurusan Sekolah 2021


                                                   PERUTUSAN PENGETUA
                                                   Khatamarazi bin Mohd Ghaus
                                                   Pengetua
                                                   SMK LKTP Jengka 2




         Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniNya kita masih diberi kesempatan untuk terus mencurahkan
         khidmat bakti di sekolah ini. Saya mengajak tuan puan bersama-sama untuk memikul amanah sebagai pendidik dengan penuh
         jujur, bertanggungjawab, dediksi dan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah serta menjayakan Pe-
         lan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2015-2025).

         Tugas dan peranan kita menjadi lebih mencabar dalam memenuhi 5 aspirasi sistem dan 6 aspirasi murid sebagaimana yang
         dituntut oleh PPPM iaitu bagi murid:

                     Melahirkan insan yang berpengetahuan
                     Mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
                     Kemahiran memimpin
                     Kemahiran dwibahasa
                     Etika dan kerohanian
                     Beridentiti nasional

         Usaha ini memerlukan kita bekerja sebagai satu pasukan yang mantap, malah untuk menjaikan SMKJ2 antara 10 buah sekolah
         terbaik di negeri Pahang menjelang 2025 adalah terletak di bahu kita semua. Kesanggupan kita untuk sama-sama bermuafakat
         ialah kunci segala-galanya. Dalam konteks ini saya menyeru seluruh warga SMKJ2 untuk meghayati semangat Collobrative -
         Participative - Ownership sebagai satu budaya kerja demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan bersama.

         Saya menyeru semua guru dan AKS membuat anjakan paradigma di dalam diri masing-masing, seiring mengorak langkah
         sederap untuk melonjak kecemerlangan sekolah melalui prinsip berikut:

                    Terus menghhidupkan dan menyuburkan semangat ingin Berjaya cemerlang
                    Terus bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap dan jitu (teamwork)
                    Meningkatkan tahap komunikasi secara bersepadu dengan penuh ketelusan dan ketulusan di samping membina
                      kejelekitan antara guru-murid dan seluruh warga sekolah
                    Mengamalkan kepimpinan instruksional dan keterbukaan minda
                    Memberi fokus terhadap segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan dan seterusnya menjalankan tugas terse-
                      but dengan cekap,cepat dan tepat
                    Menjadikan setiap kerja mendidik sebagai satu ibadah
                    Melaksanakan pengurusan masa dengan sistematik dan efektif
                    Menghasilkan keseronokan dalam PdPc(enjoy your teaching and learning) bagi memenuhi tuntutan PdPc Abad ke
                      21 di samping menunjukan sifat kecaknaan yang tinggi terhadap semua anak didik kita
                    Menunjukkan suasana “keseronokan untuk berada di sekolah”
                   Meletakkan rasa kesepunyaan (ownership) yang tinggi terhadap organisasi—”jatuh bangun adalah hak milik ber-
                      sama”

         Selaku pengetua sekolah, saya sangat yakin sekiranya kesemua perkara diatas mampu dilaksanakan dengan baik, maka sekolah
         kita akan muncul sebagai sekolah ayang dapat melahirkan insan terdidik Negara sejahtera. Sebagaimana visi dan misi yang kita
         dokong bersama. Akhhir kata daripada saya , “Selamat menjalankan tugas”

         Sekian, wassalam...











                                                                                                                 3
   1   2   3   4   5   6   7   8