Page 70 - MPS2021
P. 70

SMK LKTP JENGKA 2
         26430 BANDAR JENGKA,PAHANG                                                       Manual Pengurusan Sekolah 2021

                                   KETETAPAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

                                           PANDUAN AM UNTUK GURU DAN AKP
       1.0     ARAHAN AM
               1.1    Selaku pegawai kerajaan, guru dan AKP adalah tertakluk kepada segala arahan yang ter
                      dapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu guru dan staf sokongan dikehendaki membaca,
                      memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut serta mentafsirkan dengan tepat kandungan
                      Perintah Am , surat pekeliling perkhidmatan dan Arahan Perkhidmatan.
               1.2    Guru hendaklah menghayati Tatasusila Profesion Keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
                      profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencarian semata-mata.
               1.3    Semua guru dan AKP hendaklah mengamalkan dan menghayati Prinsip-prinsip Perkhidmatan
                      Cemerlang. Semua guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah Pendidikan
                      Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
               1.4    Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Kementerian Pendidikan
                      Malaysia. Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi tersebut.
               1.5    Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
                      menjalankan tugas
               1.6    Bertekad dan beriltizam untuk memenuhi Piagam Pelanggan Sekolah
               1.7    Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan
                      menjaga harta benda sekolah
               1.8    Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta dekap menjalankan
                      tugas
               1.9    Semua guru adalah guru disiplin

       2.0     HADIR BERTUGAS

               2.1    Perintah Am Bab D
               2.2    Pekeliling Perkhidmatan Bil 13 Tahun 2005 dan Perintah Am Bab Lapan.

               WAKTU BEKERJA RASMI GURU—tertakluk kepada Jadual Waktu Pembelajaran tahun semasa

               WAKTU BEKERJA RASMI AKP– waktu berkerja 3 peringkat yang dikeluarkan oleh JPA

               2.4    Guru dan AKP yang tidak hadir atau terpaksa hadir lewat hendaklah memberikan kenyataan
                      dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memaklumkan kepada pihak sekolah secepat
                      mungkin  untuk tujuan penyediaan Jadual Guru Ganti.
               2.5    Semua urusan peribadi guru hendaklah diselesaikan di luar waktu persekolahan kecuali dalam
                      keadaan kecemasan dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak sekolah.

       3.0      MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN
               3.1    Guru dan AKP tidak dibenarkan keluar dari  kawasan sekolah semasa waktu rasmi
                      persekolahan kecuali:
                      3.1.1   Arahan rasmi dari PPD/JPN/KPM yang telah diminitkan
                      3.1.2   Perkara kecemasan yang telah dimaklumkan kepada Pengetua
               3.2    Guru dan AKP yang keluar dari kawasan sekolah dengan kebenaran Pengetua hendaklah
                      mencatat maklumat dalam Rekod Pergerakan Guru dan AKP
               3.3    Guru juga mesti menyediakan bahan pembelajaran kendiri murid sebagai tugasan kepada
                      pelajar melalui PK Pentadbiran atau GKMP














                                                                                                                70
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75