Page 110 - 2021-Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 110

SMK LKTP JENGKA 2
         26430 BANDAR JENGKA,PAHANG                                                       Manual Pengurusan Sekolah 2021
                                  CATATAN TAMBAHAN: DESKRIPSI TUGAS

       JAWATAN KUASA PENGURUSAN PENILAIAN MURID:

       SETIAUSAHA PEERIKSAAN DALAMAN

       1.  Menyediakan takwim ujian / peperiksaan sekolah
       2.  Jika perlu, menyediakan jadual penyedia soalan dan pengawasan ujian / peperiksaan
       3.  Memastikan semua urusan peperiksaan berjalan dengan baik dan lancer
       4.  Memastikan kertas soalan siap dicetak mengikut jadual dan menyimpannya dengan baik dan selamat
       5.  Membantu proses penempatan pelajar ke tahun berikutnya berdasarkan keputusan peperiksaan dan
           pelajar yang layak menerima anugerah kecemerlangan akademik
       6.  Membantu melengkapkan profil akademik—TOV, ETR, OTI1, OTI2 sehingga AR

       SETIAUSAHA PEPERIKSAAN AWAM
       1.  Mengadakan taklimat peperiksaan awam / Mendaftar calon peperiksaan / Membuat pelaporan, perse-
           diaan tempat dan bahan yang telah ditetapkan bagi tujuan Peperiksaan Awam berkenaan
       2.  Menyediakan fail-fail peperiksaan awam dan menyediakan tempat / pelan bagi pusat peperiksaan
       3.  Menyediakan jadual guru bertugas semasa tempoh peperiksaan awam, menyediakan buku laporan dan
           sebarang data yang perlu semasa peperiksaan awam berjalan
       4.  Memastikan keselamatan pusat peperiksaan awam
       5.  Mengurus proses pemberian slip peperiksaan awam apabila diumumkan
       6.  Menyediakan surat lantikan pentaksir kepada semua guru pentaksir PBS / Kerja Kursus dsbnya.
       7.  Memastikan pentaksir sekolah memasukkan markah calon dalam dalam aplikasi yang telah ditetapkan
           LPM
       8.  Key-in markah PBS / Kerja Kursus dan pastikan Ketua Pentaksir Mata Pelajaran Sekolah (KPmp) membuat
           pengesahan ketepatan markah yang telah dikey-in


       JAWATAN KUASA PENTAKDIRAN BILIK DARJAH (PBD)

       1.  Menerima surat pekeliling dan panduan berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah daripada UPP JPN (jika ada)
       2.  Memaklumkan kepada guru jadual pelaksanaan (DEADLINE) PBD dan pelaporan PBD yang perlu dibuat
           mengikut penggal
       3.  Secara berkala menyemak guru-guru telah merekod  Tahap Penilaian yang telah berjaya dicapai oleh
           semua murid dalam Borang Pelaporan Mata Pelajaran dan Borang Pelaporan Keseluruhan
       4.  Mengingatkan guru-guru yang masih belum  melengkapkan laporan PBD kelas dan mata pelajaran mas-
           ing-masing
       5.  Mencetak laporan PBD bagi kelas-kelas atau tingkatan yang memerlukannya—Contoh: Tingkatan 3
       6.  Menyimpan rekod PBD (softcopy) semua murid dalam keadaan selamat untuk rujukan apabila diperlukan


       JAWATAN KUASA PENGURUSAN MASA INSTRUKSIONAL (JADUAL WAKTU)

       1.  Menerima agihan mengajar daripada Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran
       2.  Menyediakan jadual waktu pengajaran berdasrkan cadangan / agihan mengajar guru
       3.  Memastikan pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai untuk semua guru
       4.  Menentukan waktu penggunaan bengkel dan makmal
       5.  Memastikan agihan waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan pekeliling yang berkuat kuasa
       6.  Membantu PK HEM menentukan guru kelas berdasarkan kelas diajari guru
       7.  Membuat pindaan jadual waktu dari semasa ke semasa (jika perlu)
       8.  Memastikan Salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua untuk pengesahan dan dipaparkan untuk
           makluman umum
       9.  Membantu GKMP dan KP menguruskan “jadual waktu kelas ganti (relief)” apabila mana-mana guru tidak
           hadir bertugas di sekolah




                                                                                                               110
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115