Page 53 - 2021-Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 53
SMK LKTP JENGKA 2
26430 BANDAR JENGKA,PAHANG Manual Pengurusan Sekolah 2021
SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN
GURU TUGAS HARIAN
Mengambil suhu badan pelajar di pintu masuk utama sekolah untuk hari ISNIN dan membantu Pengawal Kesela-
matan Sekolah mengawal murid hadir ke sekolah mematuhi SOP Covid-19 seperti ditetapkan KKM
Membuat hebahan (pengumuman) peringatan Keselamatan dan Kebersihan Covid-19 (awal pagi; waktu rehat, wak-
tu balik) setiap hari Isnin – Jumaat
1 Mengelola kelancaran permulaan kelas pagi - Mengarahkan pelajar-pelajar bersedia di kelas masing-masing selewat
-lewatnya pada pukul 07:20 pagi
Mengelola perhimpunan rasmi @ perhimpunan pagi Isnin (secara TIDAK BERSEMUKA): Hebahan nama Guru
Bertugas Mingguan / Bacaan Doa / Nyanyian Negaraku, Allah Selamatkan Tuhan Kami, Lagu Sekolah / Pengumu-
man dll.
Menulis laporan harian (sepanjang minggu bertugas) dalam Rekod Laporan Guru Bertugas Mingguan mengikut
format yang disediakan dan serah kepada Pengetua untuk semakan setiap hari
Menyampaikan laporan mingguan minggu berikutnya (Cth: mengenai keceriaan / aktiviti sekolah / peperiksaan
dsbnya)
Menyediakan brosur / pamphlet / buku program bagi majlis rasmi yang diadakan pada minggu bertugas (jika ada
keperluan)
Mengambil suhu badan pelajar di pintu masuk utama sekolah untuk hari SELASA dan membantu Pengawal Kesela-
matan Sekolah mengawal murid hadir ke sekolah mematuhi SOP Covid-19 seperti ditetapkan KKM.
Mencatatkan nama murid yang lewat dalam Rekod Murid Lewat Hadir di Pos Pengawal Keselamatan
Memastikan murid keluar dari kawasan sekolah setelah loceng waktu AKHIR berbunyi
Menjadi Juruacara / Moderator majlis rasmi yang diadakan dalam minggu bertugas (jika ada keperluan)
2 Memastikan murid meninggalkan Kawasan sekolah / keluar dari Kawasan sekolah setelah loceng waktu AKHIR
berbunyi
Menulis Laporan Bertugas dalam ruangan 2 pada Laporan Guru Bertugas Harian
Mengambil suhu badan pelajar di pintu masuk utama sekolah untuk hari RABU dan membantu Pengawal Kesela-
matan Sekolah mengawal murid hadir ke sekolah mematuhi SOP Covid-19 seperti ditetapkan KKM.
Menguruskan pertandingan keceriaan kelas dan mencatat markah kebersihan kelas pada minggu bertugas
Memastikan kelas dan bangunan selamat, bersih dan ceria pada awal pagi dan selepas waktu rehat
Melaporkan kerosakan fizikal bangunan dalam Laporan Harian Guru Bertugas pada ruangan 3 (jika ada kes)
3 Menyediakan sijil pertandingan kelas dan cenderamata (jika ada) untuk diserahkan kepada GURU KELAS pada
minggu berikutnya.
Mengambil suhu badan pelajar di pintu masuk utama sekolah untuk hari KHAMIS dan membantu Pengawal
Keselamatan Sekolah mengawal murid hadir ke sekolah mematuhi SOP Covid-19 seperti ditetapkan KKM.
Mengawal / Memantau disiplin murid secara am di sekitar kawasan sekolah sebelum permulaan kelas di waktu
pagi.
4 Membantu Guru Disiplin mengawal / memantau disiplin dalam kalangan murid dan pematuhan SOP Covid-19 khu-
susnya semasa berurusan di kantin sekolah dan lain-lain kawasan di sekitar sekolah.
Merekod laporan disiplin murid yang ingkar peraturan sekolah dalam Laporan Guru Bertugas Mingguan ruangan 4
Mengendalikan Program Highly Immersive Programme (HIP) setiap Selasa samada secara bersemuka dengan me-
matuhi SOP atau berlandaskan platform norma baharu (platform digital)
Membuat rondaan bangunan terutama kawasan Bilik Air Murid semasa PdPc berlaku sebagai usaha untuk mengu-
rangkan kes salah laku disiplin dalam kalangan murid.
Mengambil suhu badan pelajar di pintu masuk utama sekolah untuk hari JUMAAT dan membantu Pengawal
Keselamatan Sekolah mengawal murid hadir ke sekolah mematuhi SOP Covid-19 seperti ditetapkan KKM.
Menguruskan murid sakit dengan menghubungi ibu bapa / penjaga dan menyediakan surat rawatan
5 Memastikan murid mendapat rawatan cemas bagi kes-kes ringan
Mengawasi murid semasa waktu rehat dari sudut keselamatan murid dan pematuhan SOP Covid-19
Memastikan keadaan kantin bersih dan kemas dari sampah-sarap selepas waktu rehat
Memastikan semua murid makan di kantin (jika SOP Covid-19 membenarkan) semasa rehat dan bukan makan di
dalam kelas
Mengendalikan sesi Cahaya Hati Pagi Jumaat (Bina Insan): Menguruskan semua murid telah sedia / Menjemput @
Memperkenalkan guru pembimbing untuk sesi tersebut dan sebagainya.
Menulis Laporan Bertugas dalam Rekod Guru Bertugas Mingguan, ruangan 5
53

