Page 11 - [2021]Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 11
SMK LKTP JENGKA 2
26430 BANDAR JENGKA,PAHANG Manual Pengurusan Sekolah 2021
PIAGAM PELANGGAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 2
KAMI WARGA SEKOLAH INI DENGAN PENUH ILTIZAM, BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH
TENAGA DAN USAHA KAMI KEPADA
MURID
• Memastikan kecemerlangan akademik dalam peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman sekolah
• Memastikan murid belajar dalam suasana yang kondusif
• Memastikan pembangunan kerohanian, kebajikan dan keselamatan murid diutamakan
• Memastikan semua murid mendapat pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti mengikut jadual
waktu yang ditetapkan
• Memastikan semua hasil kerja murid disemak dengan teliti dalam jangka waktu yang ditetapkan
• Melahirkan murid yang berilmu, beriman, berakhlak, kreatif dan inovatif demi kesejahteraan diri dan
Negara
• Melahirkan murid yang berkualiti dan bersepadu dari segi akademik, kemahiran insaniah dan bina
insan, serta memiliki daya tahan dan daya juang yang tinggi
• memberi khidmat kaunseling kepada murid yang bermasalah dan mencari jalan penyelesaian yang
dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh murid
• Mencapai 6 Aspirasi Murid mengikut PPPM 2013-2025
GURU DAN AKP
• Bertugas sebagai pendidik dan pembimbing kepada anak didik dengan penuh mesra dan ber-
tanggungjawab
• Memastikan pengagihan waktu PdPc yang seimbang dari mengikut opsyen
• Memastikan setiap guru dan AKP mendapat peluang latihan sekurang-kurangnya 42 jam kredit atau 5 @
7 hari setahun untuk meningkatkan profesionalisme mereka
• Memastikan guru dan AKP yang baru bertugas menerima bayaran gaji dalam tempoh sebulan selepas
pendaftaran masuk.
• Memastikan agihan tugas diberi secara adil dan seimbang
• Menyediakan guru dan AKP yang dedikasi, prihatin, sedia membantu dan bekerjasama dengan pihak
sekolah, ibubapa dan komuniti
• Menyediakan kemudahan dan persekitaran tempat kerja yang kondusif dengan mengutamakan hal
kebajikan mereka
• Mencapai 9 Bidang Keutamaan mengikut PPPM 2013-2025
IBUBAPA/PENJAGA DAN PELAWAT
• Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra pelanggan
• Meningkatkan permuafakatan dan penglibatan guru, murid, ibu bapa, komuniti, agensi kerajaan dan
badan bukan kerajaan dalam urusan pendidikan sepanjang hayat
• Memastikan segala aduan daripada ibu bapa/penjaga mendapat layanan segera
• Memastikan laporan kemajuan murid disampaikan kepada ibu bapa/penjaga selepas penilaian
Pertengahan Tahun dan Penilaian Akhir Tahun
• Mencapai 11 Anjakan Transformasi Sistem mengikut PPPM 2013-2025
PEMEGANG TARUH
• Memastikan segala laporan dihantar ke KPM, JPN, PPD sebelum atau pada masa yang ditetapkan
• Memastikan segala urusan surat menyurat dengan KPM, JPN, PPD diambil tindakan dalam tempoh 7
hari
• Memastikan program kecemerlangan akademik, kemahiran insaniah dan bina insan yang diarahkan
oleh KPM, JPN, PPD dilaksanakan dengan jayanya
• Mencapai 5 Aspirasi Sistem mengikut PPPM 2013-2025
11

