Page 144 - [2021]Manual Pengurusan SMK Jengka 2
P. 144

SMK LKTP JENGKA 2
         26430 BANDAR JENGKA,PAHANG                                                       Manual Pengurusan Sekolah 2021

       3.3.5          PENGURUSAN BANTUAN PELAJARAN MURID


              A       DASAR KEBAJIKAN MURID
                          1   Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data Modul Pengurusan
                                           Murid (APDM) yang sentiasa dikemaskini.
                      2      Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasrkan APDM:
                                i.   Bilangan anak yatim di dalam kelas
                                ii.          Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah
                      3          Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon oleh murid-
                                     murid berkenaan dan merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan ke dalam APDM
                                     seperti:
                             i      Biasiswa
                             ii     Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)
                             iii    Bantuan Pakaian Seragam
                             iv     Derma Kebajikan
                      4.          Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang
                                     mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
                      5      Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid berkenaan
                             sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri
                             sendiri.

              B       PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT).
                      1           Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari
                                     pertama sesi baru persekolahan.
                      2      Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama (Ruj: K/
                             P.BT.8945/Jld.28(24) - 17Mac 2008).
                      3      Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis
                             nama.
                      4      Guru Kelas juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah ke negeri
                             lain memulangkan semula buku SPBT tersebut ( jika perlu ) dengan mengikut tatacara yang telah
                             ditetapkan.
                      5      Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang
                             ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.
                      6      Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.

              C       PENGURUSAN BIASISWA DAN BANTUAN LAIN
                      1      Guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran dan membuka
                             akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional.
                      2      Guru Kelas juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa.
                      3      Buku Simpanan bank hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan pengeluaran wang yang
                             dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan.
                      4      Bagi penerima bantuan yang berpindah masuk, Guru Biasiswa berkenaan
                             mestilah mengenalpasti jika ada murid-murid baru terutamanya murid Tingkatan Satu yang
                             pernah menerima bantuan semasa mereka di sekolah rendah.
                      5      Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa.
                      6      Seorang murid hanya layak menerima satu tajaan biasiswa sahaja dalam satu masa. Jika
                             mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak
                             penaja.
                      7           Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima biasiswa dan bantuan-bantuan lain.


       3.3.6          PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

                         3.3.6.1   PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

                      1      Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat fokus uta-
                             ma iaitu:
                             1      Pembangunan sahsiah diri murid
                             2      Peningkatan disiplin diri murid
                             3      Pendidikan kerjaya murid
                             4      Psikososial dan kesejahteraan mental murid


                                                                                                               144
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149