Page 98 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022/2023
P. 98
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2022-2023 PENDIDIKAN KHAS
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
" Pendidikan Khas di Malaysia Adalah Satu Usaha
Yang Berterusan Untuk Melahirkan Insan Yang Berkemahiran
Berhaluan, Berupaya Merancang Dan Menguruskan Kehidupan
Serta Menyedari Potensi DiriSendiri Sebagai Seorang Individu
Ahli Masyarakat Yang Seimbang Dan Produktif Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS
Berupaya merancang dan melaksanakan pendidikan melalui peningkatan, pengalaman, pengetahuan
dan kemahiran menangani masalah murid-murid yang ketinggalan dalam menguasai kemahiran-
kemahiran asas: MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA.
VISI PENDIDIKAN KHAS
" Menyediakan Perkhidmatan Yang Berkualiti Kepada Pelajar
Dengan Keperluan Khas KeArah Kecemerlangan Hidup
Sejajar Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan"
MISI PENDIDIKAN KHAS
Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:
Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik;
Perkembangan potensi diri ke tahap optimum;
Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran;
Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab; dan
Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.
OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS
Memberi pendidikan terbaik berasaskan budaya ilmu dan nilai teras ditetapkan bagi memenuhi
kehendak individu masyarakat dan Negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang dan
keturunan untuk mendapatkan pendidikan yang sebaik-baiknya.
Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, dinamik, bijaksana dan
berteraskan kepada pembaharuan yang berkesan.
Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi selaras
dengan perkhidmatan yang cemerlang.
Memastikan sekolah sentiasa peka kepada kehendak dan keperluan pelanggan, murid, guru,
masyarakat, jabatan dan Negara.
Memupuk dan mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pelajaran dan
pembelajaran.
SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA 99 SATU DOA SATU HATI PEMACU KECEMERLANGAN

