Page 14 - CNY
P. 14
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari
Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan
berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh
Mei disambut dengan mengadakan upacara
sembahyang secara besar-besaran, di mana colok
besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar
bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung
dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari
pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba
indah dan mengunjungi wat untuk berdoa agar
mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga
amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai
dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau
yang basah membawa pesanan agar mereka
mendapat pasangan yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada
waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh
Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa,
opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay

