Page 13 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 13

SEJARAH SEKOLAH

                      Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Edinburgh, Kepong telah ditubuhkan
                                               SEJARAH SEKOLAH
               pada tahun 1953 dengan bilangan murid seramai 18 orang. Ketika itu sekolah ini berada di
               bawah naungan EDINBURGH RUBBER ESTATE LIMITED. Pada tahun 1973, Edinburgh Estate


               telah diambilalih oleh Syarikat Permodalan Kebangsaan yang kemudiannya telah memajukan
               projek perumahan Taman Bukit Maluri. Oleh itu, bangunan sekolah terpaksa dipindahkan ke
               tempat baru iaitu tempat sekarang yang bersempadan dengan tapak-tapak SK Taman Bukit
               Maluri dan SMK Taman Bukit Maluri. Bangunan baharu yang siap pada tahun 1978 pada
               masa itu hanya mempunyai 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik Guru Besar.

                      Sehingga 1987, kelas tertinggi yang diajar di sekolah ini setakat Darjah 4 sahaja. Murid-
               murid Darjah 4 kemudiannya terpaksa melanjutkan pelajaran ke Darjah 5 dan Darjah 6 di

               sekolah-sekolah lain seperti SJK(T) Sentul dan SJK(T) Segambut. Bilangan murid ketika itu
               dalam lingkungan 80 – 90 orang sahaja. Bekalan air paip dan bekalan elektrik tidak diterdapat
               di sekolah itu. Pada 1973, sebuah perigi telah digali di kawasan sekolah berhampiran dengan
               bilik  guru  besar  bagi  mendapatkan  bekalan  air.  Keadaan  ini  berterusan  sehinggalah

               1986  bekalan air paip (JKR) diperolehi. Bekalan elektrik (LLN) pula telah diperolehi setahun
               sebelumnya iaitu 1985.

                      Pada tahun 1987, dengan meningkatnya bilanga murid, 2 buah bilik darjah tambahan
               telah  dibina  oleh  Kementeriaan  Pelajaran  Malaysia.  Susulan  daripada  itu,  kelas  Darjah  5
               diwujudkan pada tahun tersebut. Tahun berikutnya (1988) kelas Darjah 6 pula telah diwujudkan.

               Walaubagaimanapun, sehingga itu sekolah ini tidak mempunyai Pekerja Am, Kerani ataupun
               Pembantu Pejabat. Yang ada hanyalah seorang penjaga. Begitu juga dengan kemudahan fizikal
               yang  lain  seperti  perpustakaan,  kantin,  bilik  guru  dan  tandas.  Pada  tahun  1991  sekolah
               memperolehi seorang Pekerja Am dan 2 tahun selepas itu seorang kerani telah ditempatkan
               di sekolah ini.

                      Era 90 an boleh dikatakan sebagai era pembangunan SRJK(T) Ladang Edinburgh. Mulai

               tahun 1990 satu demi satu perubahan atau pembaharuan telah berlaku di sekolah ini. Pada
               tahun 1990 sebuah kantin dan sebuah tandas murid telah dibina atas pembiayaan JPWP. Bilik
               perpustakaan, bilik guru, pentas konkrit bersama ‘dinding pemisah kelas mudahalih’ dan 2 buah

               bilik  stor  sekolah  telah  dibina  pada  tahun  1991  atas  pembiayaan  PIBG  sekolah.  Tahun
               berikutnya (1992) sebuah bilik darjah tambahan dan 3 bilik air guru telah dibina atas sumbangan
               Persatuan Wanita Kedutaan German. Dalam masa yang sama sebuah gelanggang badminton
               telah dibina atas sumbangan seorang doctor di Kepong.

                      Pada  tahun  1993,  sebuah  bilik  sementara  bagi  kegunaan  matapelajaran  Kemahiran
               Hidup serta pondok makan kantin (extention) telah diselenggarakan oleh PIBG manakala tapak

               perhimpunan telah diusahakan oleh Kelab Rotary. Pada tahun 1994 PIBG sekolah sekali lagi
               telah menyumbang bakti dengan membina sebuah bilik GPK, sebuah bilik Pusat Sumber dan

               Pentas Perhimpunan Terbuka(konkrit). Pada masa yang sama Kementerian Pelajaran Malaysia

               melalui  Projek  Penyelenggaraan  Sekolah  telah  mengadakan  kemudahan-kemudahan  seperti
               turapan tar bagi jalan masuk ke sekolah serta kawasan meletak kereta, laluan berbumbung di
            13 | P a g e
               antara kantin dengan kelas dan perpustakaan serta pintu pagar utama.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18