Page 2 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 2

DARI MEJA PENTADBIR





                                Segala  pujian  bagi  kepada  Tuhan  kerana  dengan  keizinanNya  Buku  Pengurusan  SJKT
                                Ladang Edinburgh bagi Tahun 2020 dapat dihasilkan. Sekalung tahniah dan terima kasih
                                kepada  semua  urus  setia  dan  jawatankuasa  pentadbiran  yang  telah  berusaha  dan
                                bekerjasama menghasilkan  buku panduan ini.


                                  Kementerian Pendidikan Malaysia terus mengorak langkah memantapkan pelaksanaan
            Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  tahun  2013  –  2025.  Dalam  usaha  untuk  menyediakan
            pendidikan bertaraf antarabangsa, KPM telah mengupayakan fungsi JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan
            pelbagai kemahiran guru dan keberhasilan murid. Apa yang diharapkan matlamat melalui Aspirasi Sistem dan
            Aspirasi Murid yang menjurus kepada kemenjadian individu murid dalam akademik, kemahiran dan sahsiah akan
            dicapai oleh semua warga sekolah.


                   Apa yang diharapkan melalui pelbagai transformasi pendidikan ialah keberhasilan. Justeru, semua pihak
            perlu berusaha untuk menambahkan ilmu dan pelbagai kemahiran.  Kesimpulannya sikap negatif akan berubah
            menjadi positif dan proaktif. Ianya akan meningkatkan prestasi kerja dan keberhasilan di semua peringkat unit dan
            organisasi sekolah. Kerjasama antara guru, ibubapa dan sektor swasta juga perlu dijayakan dengan lebih aktif dan
            meluas. Jesteru, sekolah mampu melahirkan pemimpin guru dan murid yang cemerlang dan bersahsiah unggul di

            masa hadapan.

                   Saya berharap semua warga sekolah menjadikan  Buku Pengurusan Tahun 2021  ini, sebagai rujukan
            dalam melaksanakan semua program yang dirancang. Bekerjalah dengan penuh keikhlasan dengan semangat
            juang yang tinggi.. Moga semua sumbangan dan usaha murni yang diberikan mendapat outcome yang optima.


             Sekian,



            (THERESA AYYAKKANNU)
            GURU BESAR
            SJKT LADANG EDINBURGH, KUALA LUMPUR










            2 | P a g e
   1   2   3   4   5   6   7