Page 107 - contohihtifalsrih
P. 107

PERSEMBAHAN 4

Anak-anak Hidayah
Menjadi kebanggaan
Pencapaian demi pencapaian diraih
Anugerah demi anugerah dicapai
Membuktikan bahawa Hidayah
Mampu berdiri seiring
Dengan kemajuan negara

Kini saksikanlah wahai dunia
Hidayah akan terus berdiri gah
Menabur benih-benih tarbiyah
Agar terus menjadi
Pohon-pohon ma?rifah
Yang bertebaran demi
Menyampaikan
Seruan dakwah dari Ilahi

Jutaan terima kasih
Yang tidak terhingga
Di atas segala sokongan yang diberikan
Kami warga Hidayah
Memohon doa dan kerjasama
Bagi merealisasikan cita-cita terunggul
Melahirkan pelajar berkualiti
Yang berguna
Pada agama, bangsa dan negara.

Guru pembimbing : Ustazah Norida Bt Salim
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112