Page 97 - contohihtifalsrih
P. 97

PERSEMBAHAN 2

ERA 1990

Teringat dulu, tahun kedua, 1990…
Berpindah ke sebuah banglo,
Pelbagai cabaran ditempuh,
Angka pelajar meningkat,
Mereka terus setia terikat
Berguru dan mengaji penuh semangat,
Di persada ilmu, mereka bangkit cekal
Terus bersinar,
Di persada harapan

Tahun 1991, 2.5 ekar tanah dibeli,
11 orang guru, menggalas tugas umpama mimpi,
Letih dan peluh, tidak menjadi soal sama sekali,
Kerjasama menjadi saksi,
Bangunan diukur dan diteliti,
Bersama-sama menabur bakti.

Bertukang, berbakti pada bumi sendiri,
Menjadi lebih sebati,
Namun itulah tempat dimana ilmu dijunjung,

Tahun berganti tahun, ilmu terus di sanjung,
Pendidikan jadi lebih selesa,
Kurikulum menjadi lebih dewasa,
Guru-guru lebih terpimpin dan terjaga,
SRIH semakin dikenali ramai,
Menjadi antara pilihan ibu bapa
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102