Page 17 - 4-hem koko
P. 17
Buku Pengurusan SMKSI 2021
3. Memastikan pengusaha kantin
mematuhi peraturan dan pekeliling
Kementerian Pendidikan / Kesihatan
4. Memastikan pihak pengusaha kantin
berada di premis supaya mudah
dihubungi.
5. Memastikan semua pekerja kantin telah
menjalani pemeriksaan kesihatan &
memiliki kad kesihatan yang sah.
6. Memastikan semua penjual, kakitangan
dan petugas di kantin sentiasa
memakai apron, tutup kepala yang
bersih dan kemas mengikut pekeliling
Kementerian Kesihatan
7. Memastikan perkhidmatan dan layanan
cepat dan mesra.
8. Memastikan jenis-jenis makanan dan
minuman yang dijual mengikut syarat
perjanjian.
9. Memastikan mutu makanan dan harga
jualan berpatutan mengikut syarat-
syarat perjanjian dan senarai harga
hendaklah dipamerkan.
10. Memastikan penyediaan dan peralatan
yang digunakan bersih dan selamat
serta menggunakan penyepit untuk
mengambil makanan.
11. Memastikan keadaan dalam dan luar
kantin sentiasa bersih, kemas dan
ceria.
12. Memastikan semua makanan ditutup
dengan tudung saji / kain muslin /
disimpan dalam bekas yang bertutup.
13. Memastikan makanan yang disediakan
untuk harian mencukupi.
14. Memastikan murid dan guru
mempunyai tempat duduk yang
mencukupi, selamat dan sesuai.
15. Memaklumkan kepada pihak
pengusaha tentang hari-hari
persekolahan / jadual waktu rehat
murid.
16. Membekalkan Jadual Waktu
peperiksaan sepanjang tahun supaya
dapat pengusaha kantin menyediakan
sajian mengikut waktu yang telah
ditetapkan.
17. Membuat laporan mingguan dalam
buku / borang laporan kantin.
18. Memastikan pihak pengusaha kantin
membuat penilaian kendiri dengan
menggunakan buku khas yang
dibekalkan oleh JPWP dan menghantar
buku laporan berkenaan kepada PK
HEM pada setiap Hari Jumaat untuk
disemak dan disahkan.
19. Menyediakan satu salinan laporan
untuk didokumentasikan.
20. Melaksanakan arahan Pengetua dari
semasa ke semasa
103

