Page 102 - 4R_DAYANA FATINI_KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 EMPAT ZON DI MALAYSIA
P. 102

7.6 5 Kekuatan Novel Bimasakti Menari

                  Novel Bimasakti Menari ini mempunyai jalan cerita yang sungguh menarik. Selain itu,
               novel ini mepunyai mesej yang sangat sampai kepada pembaca mengenai pembangunan
               yang tidak terancang yang boleh menyababkan kemusnahan alam sekitar. Seterusnya,
               novel ini mempunyai nilai-nilai murni yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan
               seharian. Di samping itu, novel ini juga mengandungi pengajaran yang boleh dijadikan
               iktibar dalam kalangan masyarakat. Akhir sekali, isu yang dibangkitkan dalam novel ini
               adalah sebuah isu yang sangat perlu dititikberatkan oleh masyarakat pada masa kini.

               7.7 5 Kekurangan Novel Bimasakti Menari

                  Antara kekurangan Novel Bimasakti Menari adalah novel kekurangan contoh peristiwa
               yang menarik. Selain itu, peranan watak-watak dalam novel ini kurang menarik
               perhatian. Seterusnya, klimaks yang agak bosan.Di samping itu, plotnya juga agak
               sedikit dan menarik perhatian. Akhir sekali, novel ini kekurangan ilustrasi.



               7.8 5 Cadangan Penambahbaikan Novel Bimasakti Menari

               Antara cadangan penambahbaikan yang boleh diubah oleh novel ini adalah menambah plot
               yang menarik. Selain itu, menambah contoh peristiwa yang menarik yang boleh menjadi
               identiti kepada novel ini. Seterusnya,   mengaktifkan lagi peranan watak-watak yang
               terdapat dalam novel ini. Di samping itu, penulis boleh memendekkan bilangan
               perkataan dan bab sekiranya tiada isi yang hendak disampaikan. Akhir sekali, novel ini
               perlu ditambah ilustrasi atau menukar fon agar pembaca tidak merasa bosan
               membacanya.










































                                                                                                       97
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107