Page 114 - 4R_DAYANA FATINI_KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 EMPAT ZON DI MALAYSIA
P. 114

8.6 5 Kekuatan Novel Silir Daksina

                  Novel Silir Daksina menceritakan tentang adat Melayu di Johor. Selain itu, pembaca
               akan lebih mengenali tarian zapin. Seterusnya, novel ini terkandung banyak nilai yang
               boleh diterapkan dalam diri setiap lapisan masyarakat. Di samping itu, novel ini juga
               mengandungi pengajaran yang boleh diambil iktibar oleh semua orang. Akhir sekali, tema
               novel ini sangat menarik.

               8.7 5 Kekurangan Novel Silir Daksina

                  Antara kekurangan Novel Silir Daksina adalah kurang menyentuh hati para pembaca.
               Selain itu, novel ini juga tidak menceritakan sejarah tarian zapin agar masrakat lebih
               faham mengenainya. Seterusnya, novel ini kekurangan isi yang menarik. Di samping itu,
               novel ini juga kekurangan maklumat mengenai cerita watak utama dan ayahnya. Akhir
               sekali, novel ini kurang ilustrasi.

               8.8 5 Cadangan Penambahbaikan Novel Silir Daksina

                  Antara cadangan penambahbaikan yang boleh diubah oleh novel ini adalah
               mengembangkan lagi jalan cerita. Selain itu, novel ini juga boleh menerangkan lebih
               lanjut mengenai tarian zapin kepada para pembaca. Seterusnya, novel ini juga perlu
               menambambah plot dan peristiwa yang menarik agar pembaca sentiasa mengingati
               novel ini. Di samping itu, novel ini juga bole ditambah watak-watak yang menarik. Akhir
               sekali, novel ini boleh ditambah lagi ilustrasinya.
















































                                                                                                      109
   109   110   111   112   113   114   115   116   117