Page 21 - 4R_DAYANA FATINI_KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 EMPAT ZON DI MALAYSIA
P. 21
2. NOVEL DI SEBALIK DINARA
2.1 Cerita ringkas mengenai Novel Di Sebalik Dinara
Novel Di Sebalik Dinara merupakan novel Tingkatan 4 Zon Sabah, Sarawak, Labuan danJohor. Novel
ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi. Pada awalnya Karl
dapat menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia
berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan
pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila.
Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya
untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan
virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara
2.2 Biodata Dayang Noor (penulis)
Nama Gelaran: Dayang Noor
Nama Sebenar: Nor Aziza binti Sulaiman
Akademik: Ijazah Kejuriteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
Kerjaya: 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
Sejarah Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
Terbitan: Penerbit UTM & Utusan Publications
2.3 Kulit hadapan dan belakang Novel Disebalik Dinara 16

