Page 29 - 4R_DAYANA FATINI_KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 EMPAT ZON DI MALAYSIA
P. 29

BAB 14

               H ari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang

               sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa

               aktiviti otaknya semakin menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati
               Karl. Bermula dengan Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha.

               Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Tepat pukul
               tujuh malam Dr.Haris mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah

               mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson.
               Selepas upacara itu semua orang bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa

               Karl masih hidup. Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti

               Karl. Dalam percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk
               menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu

               bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.






















































                                                                                                       24
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34