Page 113 - Manual Pengurusan SAMTKKB 2020
P. 113
MANUAL
PENGURUSAN SEKOLAH 2020
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU
JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR
SENARAI TUGAS
1. Bertanggungjawab terhadap PPD, JPS dan Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan
Kurikulum Sekolah.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun.
3. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran dan melaksanakan program akademik.
4. Menentukan penggunaan sukatan pelajaran yang kemas kini.
5. Sentiasa mengemaskinikan fail panitia, minit mesyuarat, surat siaran dan dokumen berkenaan
mengikut susunan fail masing-masing.
6. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang kemas kini.
7. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan verifikasi kertas-kertas
soalan.
8. Menganalisis keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji serta
mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari semasa ke semasa seperti mengadakan
:
8.1 Kelas tambahan / pengukuhan / klinik mata pelajaran.
8.2 Ceramah teknik menjawab soalan.
8.3 Pertandingan kuiz
8.4 Program kecemerlangan akademik.
9. Mencadangkan buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan atau rujukan guru.
10. Mengkaji dan menilai buku-buku teks yang baru untuk dipilih dan digunakan oleh sekolah.
11. Memberi kerjasama dengan jawatankuasa-jawatankuasa lain yang berkaitan bagi
menyelaraskan program akademik sekolah.
12. Bertanggungjawab untuk menyedia bahan-bahan atau alatan untuk pameran jika ada.
13. Mengkaji dan menentukan jenis buku kerja bagi tiap-tiap tingkatan jika perlu.
14. Mengumpul soalan dalaman dan luaran untuk semakan dan rujukan di perpustakaan.
15. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk kegunaan pembelajaran dan pengajaran
16. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi pelajar.
17. Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya sepenggal sekali / 4 kali setahun
berdasarkan takwim sekolah.
18. Menguruskan buku stok ( mata pelajaran tertentu ).
19. Mematuhi surat Pekeliling Iktisas Bil. 4 / 1986 Panitia Mata Pelajaran.
20. Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
114 | S A M T K U A L A K U B U B H A R U
#samtkkbbumitoyyibah

