Page 133 - Manual Pengurusan SAMTKKB 2020
P. 133
MANUAL
PENGURUSAN SEKOLAH 2020
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU
JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR
4. Prestasi Pemegang Biasiswa
4.1. Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada
Penolong Kanan HEM.
4.2. Menghantar surat amaran kepada ibu bapa / penjaga bagi pemegang
biasiswa yang prestasinya merosot.
5. Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan GIRO di Bank
Simpanan Nasional dan pelajar Tingkatan Enam Rendah juga mempunyai akaun
sebelum akhir bulan September tahun semasa.
6. Menentukan daftar buku / rekod penerimaan cek / baucer di pejabat.
7. Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.
8. Memastikan semua buku akaun pemegang disimpan di pejabat sekolah.
9. Menentukan semua dokumen disimpan dengan selamat.
10. Memastikan semua pemegang biasiswa memiliki kad bank.
SENARAI TUGAS TAKAFUL
1. Bertanggungjawab terhadap PPD, JPS dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
3. Mengurus hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan khusus seperti :
i. Pelajar miskin.
ii. Kemalangan
iii. Rawatan berterusan (penyakit kronik)
iv. Kematian.
v. Kecemasan / bencana.
4. Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan
dan keperluan.
5. Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keperihatinan
pelajar terhadap kebajikan.
6. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemas kini dan disahkan oleh
Pengetua.
7. Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar.
8. Bekerjasama dengan guru tingkatan, Guru Bimbingan & Kaunseling dan Guru Data bagi
mendapat maklumat pelajar yang berkaitan dengan kebajikan.
9. Memastikan semua murid menjelaskan bayaran sumbangan Skim Takaful Pelajar Sekolah
Malaysia (TPSM) sebanyak RM 1.50 setahun.
10. Memastikan kutipan TPSM selesai pada 31 Januari tahun semasa bagi tingkatan 1 hingga 6
Atas manakala murid tingkatan 6 Rendah sebelum 31 Julai tahun semasa.
11. Memastikan pelajar yang ditimpa kemalangan mendapat ganti rugi daripada pihak insuran.
12. Menghubungi ibu bapa / penjaga jika berlaku kemalangan ke atas murid.
134 | S A M T K U A L A K U B U B H A R U
#samtkkbbumitoyyibah

