Page 2 - SO12-10098 MRSM TAKWIMBook-Pelajar
P. 2

KALENDAR
        Pengenalan
                                                              PERANCANGAN
        Maktab Rendah Sains MARA Mersing, Johor             2021
                                                                M R S M M ERSING
                             Falsafah Pendidikan MARA
          “Pendidikan MARA adalah satu usaha yang berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan
               nilai keusahawanan untuk membangunkan insan holistik dan seimbang” .
                                        Visi
             Meningkatkan dan menambahkan bilangan pelajar yang cerdas dan cemerlang
           pencapaian akademik khususnya dalam bidang sains dan matematik serta bersahsiah
                         tinggi dan  cenderung ke arah keusahawanan.

                                       Misi
        Misi strategik MRSM Mersing adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan bertaraf dunia dan
           berupaya menyediakan prasarana pendidikan yang mantap untuk melahirkan tenaga
          manusia yang berkualiti dan bijaksana ke arah pembentukan golongan professional dan
                         usahawan bumiputera pada zaman maklumat.

                                     Matlamat
               Melahirkan bakal-bakal saintis, ahli profesional dan usahawan tekno yang
               berdaya cemerlang, berdaya tahan, berakhlak mulia dan berminda global.
                                  Objektif Operasi
        1.  Menyediakan dan menyampaikan khidmat pelanggan secara profesional
           dan memenuhi ekspektasi pelanggan dan penaja.
        2.  Melaksanakan kurikulum terbeza berlandaskan prinsip-prinsip pendidikan
           pintar-cerdas (gifted education) dan pendekatan pembelajaran melalui
           penemuan dan penyelidikan (learning by discovery) dan pembelajaran pecutan
           (accelerated  learning).
        3.  Membangunkan persekitaran dan iklim pembelajaran yang kondusif, responsif dan
           suportif kepada perkembangan intelek, kreativiti, emosi, rohani dan jasmani pelajar.
        4.  Memperlengkapkan pelajar dan guru dengan kemahiran belajar (academic skills),
           kemahiran insaniah (soft skills), kemahiran kendiri (self skills) dan nilai-nilai teras MRSM
           (Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik) secara terancang, berterusan dan
           bersepadu.
        5.  Melaksanakan program-program pembudayaan keusahawanan untuk pelajar secara
           terancang dan berterusan.
        6.  Menjadikan MRSM ini sebagai tempat belajar dan bekerja yang selamat, bersih, ceria
           dan memberangsangkan.








                                         01
   1   2   3   4   5   6   7