Page 3 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 3

Seuntai Kata Bicara Bonda









               Salam Sejahtera, Salam Malaysia Baharu, & Salam Sehati Sejiwa

                       Alhamdulillah syukur ke hadrat  Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya kita berupaya untuk menyiapkan Buku
               Panduan Pengurusan SMK Layang-layang bagi tahun 2020. Syabas dan tahniah diucapakan kepada semua pihak yang
               telah bersama-sama memberikan idea dan pandangan bagi memantapkan Buku Panduan Pengurusan ini.

               Tuan-tuan warga pendidik SMK Layang-layang yang saya kasihi,
                       Saya percaya kejayaan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama,
               bertitik  tolak  daripada  kemampuan  sesebuah  organisasi  terutamanya  di  peringkat  sekolah,  dalam  merealisasikan
               semua dasar dan transformasi pendidikan negara melalui pengurusan dan pentadbiran yang cekap, serta berkesan di
               semua peringkat pentadbiran di sekolah.

                       Menginjak ke tahun 2020, merupakan petanda bahawa kita semua sebagai warga pendidik, sekali lagi akan
               berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mendepani transformasi pendidikan, khusunya transformasi dalam bidang
               kurikulum yang melibatkan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) & TS25.  Oleh yang demikian,
               bagi memastikan dasar yang dirancang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini dapat diaplikasikan secara efektif,
               maka pihak sekolah telah meletakkan hala tuju yang jelas sebagai garis panduan kepada warga pendidik SMK Layang-
               layang semua.  Hala tuju yang telah dirancang ini akan menjadi naratif baru pendidikan di SMK Layang-layang bagi
               tahun 2020.

                       Program kecemerlangan akademik Yu Won yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019, akan menjadi naratif
               baharu serta fokus sekolah bagi tahun 2020, khususnya dalam aspek peningkatan akademik, nilai, dan sahsiah murid-
               murid  SMK  Layang-layang.    Program  Yu  Won  ini  akan  menjadi  tunjang  dalam  usaha  mengintergrasikan  semua
               kekuatan  dan  kapasiti  yang  ada  dalam  sekolah,  meliputi  murid,  ibu  bapa,  guru,  pentadbir,  serta  masyarakat  bagi
               memastikan keupayaan intelek serta spiritual murid-murid dapat dipacu secara signifikan bagi menempa kejayaan
               akademik yang lebih cemerlang.

               Warga pendidik yang saya kasihi sekalian,
                       Saya yakin dan percaya bahawa hala tuju yang dirancang oleh pihak sekolah ini, hanya akan berjaya dengan
               wujudnya satu sitem komunikasi serta pengurusan dan pentadbiran, yang berkesan antara guru-guru dengan pihak
               pentadbir  sekolah.    Lantaran  itu,  pengurusan    secara  bottom  up  dan  top  down  akan  menjadi  peranti  yang
               menghubungkan  komunikasi  secara  berkesan  antara  kedua-dua  pihak  tersebut.      Amalan  pengurusan  ini  akan
               dijadikan  sebagai  budaya  oleh  warga  SMK  Layang-layang  bagi  meastikan  segala  arahan,,  sebaran  maklumat  serta
               tindak urus yang dilakukan oleh kita semua tidak menyimpang daripada garis penduan yang telah ditetapkan dalam
               hala tuju sekolah.  Semua ini akan diadun menjadi satu entiti yang sempurna dalam mencapai kejayaan sekolah secara
               holistik bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam bidang kokurikulum serta pembinaan sahsiah dan spiritual
               murid.

               Warga pendidik SMK Layang-layang yang saya sayangi,
                       Saya  amat  berharap  lembaran  baru  persekolahan  yang  akan  dibuka  pada  tahun  2020  akan  memberikan
               semangat serta keazaman yang semakin kental dalam diri warga pendidik semua.  Besar harapan saya agar guru-guru
               akan terus berusaha sedaya upaya dan sentiasa berfikiran positif dalam menerima dan mendepani perubahan dalam
               bidang  pendidikan  yang  sedang  dan  akan  berlaku  khususnya  di  sekolah  kita.    Akhir  kata,  marilah  kita  sederap
               selangkah seirama membina masa depan SMKLL yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
               Terima kasih cikgu,

               Saya yang menjalankan amanah,



                (HAJAH ZALILA BT MOHD TAHIR)






                 BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2020                                                                                                           3
   1   2   3   4   5   6   7   8