Page 2 - Copy of bengkel terapi cara kerja tulisan tangan
P. 2
SINOPSIS
Bengkel Terapi Carakerja Kemahiran Tulisan Tangan ini merupakan program yang
dilaksanakan untuk memenuhi keperluan kursus GGGB6823 Kolaborasi dan
Konsultasi Dalam Pendidikan Khas yang dianjurkan oleh gabungan 3 sekolah.
Murid berkeperluan Pendidikan khas (MBPK) merupakan kanak- kanak yang
mengalami kurang upaya samada kognitif, fizikal atau afektif. Mereka memerlukan
bimbingan dan penjagaan yang khusus daripada guru-guru pendidikan khas (PK)
supaya dapat menguasai kemahiran mengurus diri dan melakukan rutin-rutin harian
secara berdikari. Bengkel terapi carakerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan
bantuan daripada juruterapi carakerja dari pihak Pusat Perkhidmatan Pendidikan
Khas (3PK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan terapi
carakerja untuk MBPK.
Terapi carakerja merupakan penjagaan kesihatan yang melibatkan penilaian awal,
perancangan dan penilaian akhir kemahiran manipulatif (kemahiran motor kasar dan
motor halus) kanak-kanak juga aspek kemahiran sosioemosi, tingkahlaku dan pra
akademik. Bengkel Terapi carakerja ini melibatkan aktiviti penilaian berstruktur
kepada kanak-kanak yang mempunyai isu dalam kemahiran halus serta memberi fokus
kepada aktiviti kemahiran motor halus dalam pembelajaran kanak-kanak seperti
memegang pensel serta aktiviti koordinasi mata dan tangan. Justeru itu, Fakulti
Pendidikan menjadi wadah kepada pengajar dan MBPK untuk mengaplikasikan segala
teori dan pengetahuan berkaitan kemahiran manipulatif jari jemari kepada MBPK
secara amali ke lapangan.

