Page 10 - E-Majalah (Official)
P. 10

KESIMPULAN

                Terdapat perlbagai pengajaran yang dapat kita ambil selepas mempelajari mengenai
            pemantapan kesepaduan nasional iaitu perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa dan
            negara agar hidup sentiasa aman dan harmoni tanpa mengugat keamanan. Tanpa
            keamanan, rakyat tidak dapat menikmati hidup yang selesa dan negara akan sentiasa
            bergolak. Kita boleh mengambil iktibar daripada negara –negara  yang sentiasa bergolak
            akibat peperanganan iaitu rakyat negara itu hanya mampu bergantung kepada bantuan
            luar. Berlakunya pembunuhan serta kanak-kanak dan orang tua menjadi mangsa. Selain itu,
            berlakunya kebuluran dan kemiskiknan.Oleh itu, dapat kita lihat bahawa bertapa
            pentingnya perpaduan untuk dibina dan dipupuk agar menjadi satu budaya dadn amalan
            kehidupan setiap rakyat di Malaysia.














              Perkara yang dapat kita pelajari daripada pembinaan peradaban majmuk di Malaysia
              pula adalah masyarakat Malaysia digabung dari segi budaya , bahasa dan agama .
              Wujudnya masyarakat yang berbilang kaum yang hidup aman dan harmoni sekiranya
              dipupuk menjadi masyarakat yang bertoleransi. Peradaban yang diamalkanpada suatu
              ketika dahulu menjadi panduan kepada masyarakay zaman sekarang dalam menjalani
              kehidupan . Seterusnya, masyarakat majmuk merapatkan hubungan diantara pelbagai
              kaum dengan cara berinteraksi antara satu sama lain. Oleh itu , negara Malaysia akan
              menjadi lebih maju dari segi peradaban seiring dengan teknologi.

                   Manakala, perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi dan wahana etika dan
              peradaban pula menjadi teras kedudukan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan
              mempunyai kedudukan yang tertinggi dengan prinsip-prinsip yang tersendiri. Selain
              itu, konsep-konsep pembahagiaan kuasa antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan
              Negeri dapat memudahkan urusan pentadbiran negara sekaligus mewujudkan
              keamanan dan kestabilan. Oleh itu, melalui perkembangan setiap warganegara tidak
              kira pemerintah mahupun rakyat haruslah mendapat hak masing-masing dan
              pembelaan yang sewajarnya serta sama rata.













                                                           10
   5   6   7   8   9   10   11