Page 35 - FULL REPORT FYP
P. 35
Laman web Faiza menunjukkan langkah-langkah pembelian
dan pembayaran produk. Terdapat 6 langkah yang dinyatakan
seperti dalam Rajah 9. Selepas pengguna membuat
pembayaran. Laman web ini akan mengesahkan pembelian
pengguna melalui email sama seperti Laman Web Herbies
Spices.
2.6 KANDUNGAN E-DAGANG
Kandungan E-Dagang merupakan metodologi perniagaan yang harus dititik
beratkan bagi laman web yang berniaga secara atas talian. E- Dagang sangat
penting pada era masa kini untuk meluaskan perniagaan. Di dalam laman E-
Dagang terdapat laman log masuk bagi menggunakan laman web. Selain itu,
terdapat pendaftaran log masuk pengguna. Kemudian terdapat paparan katalog
produk. Di samping itu, pengguna juga berkebolehan untuk membeli dengan
menggunakan troli pembelian. Tidak ketinggalan, di laman troli pembelian juga
pengguna boleh memadam produk yang tidak dikehendaki. Akhir sekali,
pengguna yang membeli boleh membuat pembayaran secara atas talian dengan
mengisi borang butiran bagi meneruskan proses pembelian dan penghantaran
produk.
2.6.1 LAMAN E-DAGANG YANG DIPILIH
Laman E-dagang yang dipilih adalah laman sesawang bagi perniagaan
tudung terkenal di Malaysia iaitu Ariani Online. Laman E-dagang ini
dipilih kerana terdapat maklumat yang jelas, menarik dan juga mudah
digunakan oleh pelanggan. Dibawah ini telah dinyatakan antara
maklumat yang perlu ada dalam laman sesawang e-dagang.
18

