Page 86 - FULL REPORT FYP
P. 86
LAMPIRAN A
TEMU RAMAH SYARIKAT
Tujuan temuduga ini adalah untuk memperoleh maklumat tentang produk
rempah ratus yang dibangunkan oleh pihak pengusaha. Justeru itu, pengusaha
yang dipilih untuk ditemuduga ialah seorang pengusaha penjualan produk
rempah ratus yang bertempat di Pagoh, Johor. Disini kami menyatakan temu
ramah antara kami dengan pengusaha syarikat rempah ratus.
Penemubual : Selamat Pagi, Puan. Bolehkah kami menemubual Puan?
Pengusaha : Selamat Pagi. Boleh, tiada masalah.
Penemubual : Berapa lamakah perniagaan ini dijalankan ?
Pengusaha : Perniagaan ini sudah lama dijalankan. Sudah lebih 35 tahun
perniagaan ini dan diwarisi oleh keluarga sejak dahulu lagi.
Penemubual : Dimanakah perniagaan ini dijalankan ?
Pengusaha : Perniagaan ini dijalankan di Batu 12, Jalan Muar – Pagoh. Kami
mempunyai 6,000 jenis herba tempatan dan luar negara dan mula
dibuka pada 1974. (Rujuk mukasurat 51)
Penemubual : Bagaimanakah terhasilnya idea untuk menjalankan perniagaan
ini?
Pengusaha : Menerusi minat dan pengalaman ayah selama 38 tahun dengan
mengkaji herba melalui pendekatan yang kreatif, moden serta
inovatif. Dia berjaya memasarkan pelbagai produk kesihatan
berkualiti berasaskan herba jenama CT Herbs Spices sehingga
ke pasaran antarabangsa dan rempah ratus
masakan jenama Mak Siti yang popular dipasaran tempatan.
69

