Page 43 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 43

MANUAL PENGURUSAN  SEKOLAH  2020



               CATATAN :Guru-guru bertugas mingguan diminta memberi perhatian kepada perkara berikut.

                   1.  Hari-hari bertugas ialah bermula dari Ahad hingga Khamis
                   2.  Berjumpa  dengan  Pengetua  pada  Khamis  sebelum  memulakan  tugas  mingguan  untuk
                       berbincang mengenai tajuk/tema ucapan perhimpunan mingguan.
                   3.  Sediakan teks tajuk/tema berkenaan dalam bentuk bertaip (font arial saiz 12) dan serahkan satu
                       salinan kepada Pn. Lela di pejabat setelah selesai bertugas pada minggu tersebut.
                   4.  Datang 10 minit awal dan buat penyeliaan serta pemantauan kedatangan pelajar pada waktu
                       pagi dan balik 10 minit lewat.
                   5.  Pastikan alat siaraya berfungsi dengan sempurna.
                   6.  Mengendali atur cara perhimpunan rasmi sekolah dengan memberi perhatian kepada perkara-
                       perkara berikut;
                          a.  Ketepatan masa semasa perhimpunan oleh guru dan pelajar.
                          b.  Adab, tatatertib dan disiplin pelajar khususnya barisan yang lurus, bersedia mendengar
                              ucapan guru bertugas dan pengetua dengan penuh tekun dan membuat catatan tema
                              mingguan dan perkara berkaitan dengan ucapan pengetua.
                          c.  Pastikan semua pelajar menyanyi dengan penuh semangat lagu ‘Negaraku’, Lagu Negeri
                              Kedah dan lagu sekolah.
                          d.  Ucapan tema mingguan
                          e.  Pengumuman yang perlu dibaca
                          f.  Aktiviti khas perhimpunan seperti penyampaian hadiah, sijil dan lain-lain yang berkaitan
                          g.  Pastikan aturcara perhimpunan berjalan dengan lancar dan sempurna
                          h.  Alat siaraya berfungsi dengan baik
                          i.  Pastikan pelajar (pengawas bertugas menaikkan bendera) bersedia untuk menaikkan
                              bendera ketika lagu berkenaan mula dinyanyikan.
                   7.  Membuat rondaan di sekitar kawasan sekolah pada hari perhimpunan untuk memastikan semua
                       pelajar  menghadiri  perhimpunan  dan  semasa  rehat  setiap  hari  persekolahan  supaya  disiplin
                       pelajar terkawal.
                   8.  Pada  hari  persekolahan  minggu  berkenaan  pastikan  perkara-perkara  berikut  dilaksanakan
                       dengan lancar dan berkesan;
                                 Hari Ahad          -       Perhimpunan Rasmi Sekolah
                                8.00 – 8.30
                                 Hari Sekolah Biasa
                                7.45 – 8.00           a.  Perhimpunan harian di tapak perhimpunan/koridor
                                                   kelas
                                                b.  Membaca pengumuman/maklumat
                                                c.  Bacaan doa oleh pembaca doa
                   9.  Menyelia  kantin  sekolah,  memantau  kebersihan  makanan  dan  kawasannya  serta  membuat
                       laporan sepanjang minggu dalam Buku Laporan Kantin.
                   10. Menyelia bilik rawatan dan menghantar pelajar sakit ke klinik jika perlu. Hubungi waris pelajar
                       sekiranya pelajar perlu dibawa pulang ke rumah.
                   11. Jika guru bertugas dikehendaki menghadiri kursus, bengkel, mesyuarat dan sebagainya pada
                       sepanjang  minggu  bertugas,  sila  maklumkan  kepada  Penolong  Kanan  untuk  digantikan  pada
                       minggu lain
                   12. Melengkapkan  maklumat  dalam  Buku  Laporan  Bertugas  Mingguan  dan  serahkan  di  pejabat
                       sekolah setiap hari sebelum sekolah bersurai.
                   13. Semua tugas ini boleh digilirkan antara kalangan guru-guru yang bertugas dalam minggu tersebut
                       dengan menetapkan dengan jelas tugas yang perlu dilakukan supaya ianya dapat dilaksanakan
                       dengan sempurna dan berkesan.







                                                                                                          43
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48