Page 5 - Manual Pengurusan Sekolah 2020 SMKL
P. 5
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020
1.0 KATA ALUAN
Assalamualaikum w.b.t
Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Salawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad
SAW.
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita telah berjaya mengeluarkan Buku Panduan Manual
Pengurusan Sekolah 2020 yang akan menjadi panduan kepada semua warga sekolah dalam
meningkatkan pengurusan dan pentadbiran sekolah .
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua jawatan kuasa
yang terlibat menyediakan dokumen ini dengan jayanya. Manual Pengurusan Sekolah merupakan
panduan asas atau hala tuju utama yang cuba dicapai dalam tahun semasa.
Adalah diharapkan dengan terhasilnya Buku Panduan Manual Pengurusan Sekolah 2020 ini akan
memacu Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi, Pulau Tuba ke arah kecemerlangan agar setanding
dengan sekolah-sekolah arus perdana yang lain.
Pada kesempatan ini, saya memohon agar semua warga sekolah menghayati amalan integriti dan
kesepakatan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Tugas dan tanggungjawab yang dipikul perlu
dianggap sebagai amanah dan ibadah yang perlu dilaksanakan.
Sehubungan itu, semua guru serta kakitangan sokongan perlulah melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan serta kemahiran berkualiti untuk tugas dengan cemerlang. Semoga apa yang kita rancang
dan akan dilaksanakan ini akan memberikan impak positif ke arah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera” dalam menentukan kemenjadian murid, melestarikan kualiti guru dan meningkatkan
keberkesanan dalam barisan kepimpinan sekolah.
“MAN JADDA, WA JADA”
………………………………………….
SA’DIAH BINTI ABDUL SAMAD,
Pengetua
SMK Langkawi, Pulau Tuba.
5

