Page 78 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 78

LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
                  (Ditubuhkan di Malaysia)

                  NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
                  BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 (SAMB.)

                  2.     DASAR-DASAR PERAKAUNAN (SAMB.)

                         j)      Liabiliti dan Ekuiti (samb.)

                                 vii)   Liabiliti Kewangan Diukur pada Kos Dilunaskan (samb.)
                                        atas tempoh yang berkaitan. Kadar faedah efektif adalah kadar diskaun
                                        anggaran pembayaran tunai masa depan yang tepat menerusi jangka
                                        hayat  liabiliti  kewangan  atau,  apabila  sesuai,  tempoh  yang  lebih
                                        singkat, dengan amaun bawaan liabiliti kewangan.

                                 viii)   Komitmen Pinjaman Diukur pada Kos Ditolak Rosotnilai
                                        Komitmen  untuk  menerima  pinjaman  yang  memenuhi  syarat-syarat
                                        Seksyen 11 MPERS diukur pada kos ditolak rosotanilai.

                                 ix)    Penyahiktirafan Liabiliti Kewangan

                                        Liabiliti kewangan dinyahiktiraf apabila obligasi yang dinyatakan dalam
                                        kontrak dilepaskan, dibatalkan atau tamat hayat.

                                        Sebarang  perbezaan  di  antara  amaun  bawaan  liabiliti  kewangan
                                        dinyahiktiraf  dan  pertimbangan  dibayar  diiktiraf  dalam  keuntungan
                                        atau kerugian.

                         k)      Peruntukan
                                 Sesuatu peruntukan diiktiraf apabila Koperasi mempunyai obligasi pada tarikh
                                 pelaporan  akibat  daripada  peristiwa  yang  lalu,  ia  terdapat  kemungkinan
                                 bahawa pemindahan manfaat ekonomi akan diperlukan untuk menyelesaikan
                                 obligasi dan anggaran yang munasabah boleh dibuat daripada amaun obligasi
                                 tersebut.

                                 Risiko dan ketidaktentuan yang diambilkira dalam pengiraan dalam mencapai
                                 anggaran  peruntukan  yang  terbaik.  Apabila  kesan  nilai  masa  wang  adalah
                                 ketara,  amaun  yang  diiktiraf  dalam  peruntukan  adalah  nilai  semasa
                                 perbelanjaan  yang  dijangka  akan  diperlukan  untuk  menyelesaikan  obligasi
                                 tersebut.

                         l)      Kos Pembiayaan

                                 Semua  kos  pembiayaan  dicaj  kepada  Penyata  Pendapatan  Komprehensif
                                 sebagai perbelanjaan dalam tempoh ia berlaku.

                         m)      Pengiktirafan Pendapatan
                                 (i)   Bayaran Perkhidmatan Pembiayaan
                                      Hasil diiktiraf apabila pulangan pembiayaan daripada anggota diperolehi.



                                                           20
                  Laporan Tahunan 2021                                                              76
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83