Page 34 - BUKU LAPORAN TAHUNAN KOJUTA 2021
P. 34

LAPORAN LEMBAGA 2021
                  KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)


                  1.0.   OBJEKTIF

                         1.1.    Anggota  Lembaga  dengan  ini  membentangkan  Laporan  Lembaga,  Koperasi
                                 Jurukur  Tanah  Berlesen  Berhad  (KOJUTA)  bersama-sama  Akaun  Teraudit,
                                 Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman, Laporan Juruaudit Luar ke atas akaun
                                 Koperasi ini berakhir 31 Disember 2021.

                         1.2.    Laporan  Lembaga  ini  dibentangkan  bagi  mendapatkan  kelulusan  Anggota-
                                 Anggota Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) dalam Mesyuarat
                                 Agung Tahunan Kali Yang Ke 21


                  2.0.   PRESTASI KEWANGAN

                         2.1.    Prestasi kewangan Koperasi bagi Tahun Kewangan 2021 mencatat keuntungan
                                 bersih  sebelum  Pembahagian  Keuntungan  adalah  berjumlah  RM818,025.00
                                 berbanding  Tahun  Kewangan  2020  berjumlah  RM761,167.00.  Pertambahan
                                 pendapatan yang tidak menentu berikutan negara masih lagi di fasa pandermik
                                 Covid 19 yang sangat-sangat memberikan kesan kepada penjanaan ekonomi.

                         2.2.    Jumlah Pendapatan Keseluruhan bagi Tahun Kewangan 2021 adalah sebanyak
                                 RM12,397,087.00 berbanding RM11,814,848.00 bagi Tahun Kewangan 2020
                                 iaitu peningkatan sebanyak 4.93%.

                         2.3.    Aset  Semasa  Bersih  yang  dicatatkan  sehingga  31  Disember  2021  adalah
                                 sebanyak RM7,595,989.00 berbanding Tahun 2020 berjumlah RM7,280,539.00


                  3.0.   BAYARAN DIVIDEN

                         3.1.    Peruntukan  bagi  cadangan  pemberian  dividen  bagi  tahun  Kewangan  2021
                                 adalah sebanyak RM587,409.00 atau 5.0% yang diambil daripada keuntungan
                                 tahun semasa.

                         3.2.    Kelayakan  dividen  dikira  berdasarkan  kepada  jumlah  Syer,  Caruman  Yuran
                                 Bulanan dan Syer Bonus yang dimiliki anggota seperti pada 30 Jun 2021.


                  4.0.   MODAL SYER ANGGOTA

                         4.1.    Modal  Syer  Anggota  pada  Tahun  Kewangan  2021  adalah  sebanyak
                                 RM7,189,371.00  iaitu  meningkat  sebanyak  RM249,272.00  atau  3.59%
                                 berbanding pada Tahun Kewangan 2020 berjumlah RM6,940,099.00.






                                                                                                     1
                  Laporan Tahunan 2021                                                              32
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39