Page 21 - KBS WUDUK DAN SOLAT
P. 21
PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK
1. Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul sama ada tahi,
kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi atau air wadi dan
sebagainya melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar mani
diwajibkan mandi.
2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan
rapat kedua-dua papan punggung ke tempat duduk.
3. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam
kerana apabila hilang akal, seseorang itu tidak mengetahui keadaan
dirinya.

