Page 9 - Tugasan 3 INTRO
P. 9

universiti putra malaysia (upm)





















     Universiti  Putra  Malaysia  atau  dikenali  sebagai  UPM  mula  ditubuhkan  sebagai  sebuah  Sekolah
     Pertanian pada 21 Mei 1931. Ia dibangunkan di kawasan seluas 22 ekar di Serdang dan menawarkan dua
     program sahaja pada masa itu, iaitu Program Diploma 3 tahun dan Program Persijilan 1 tahun di dalam
     bidang  pertanian.  Penubuhan  Universiti  Pertanian  Malaysia  seterusnya  tercetus  apabila  Sekolah
     Pertanian di Serdang ini bergabung dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Universiti Pertanian
     Malaysia memulakan sesi akademiknya pada 23 Julai 1973 dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar,
     dan kemudian dinamakan sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM).

              BUKIT EKSPO, TPU



       Bukit  Ekspo  UPM  yang  terletak  berhadapan  dengan
       Pejabat  Pengarah  Taman  Pertanian  Universiti  (TPU)
       merupakan  tempat  yang  sesuai  untuk  aktiviti  riadah
       seisi keluarga dan aktiviti korporat seperti hari keluarga,
       sukaneka,  pameran  dan  aktiviti  akuatik  seperti
       memancing  serta  berkayak.  Bukit  Ekspo  juga  sesuai
       digunakan  untuk  aktiviti  pusat  kokurikulum  dan
       pembelajaran termasuk aktiviti keselamatan dalam air.

                                                       LADANG FARM FRESH




                                                  Di  Ladang  Farm  Fresh  UPM,  para  pengunjung  akan
                                                  menemui  cara  menghasilkan  tenusu  paling  segar  dan
                                                  berkrim  daripada  lembu  dengan  amalan  perladangan
                                                  yang terkawal, dan pengunjung juga dapat melihat cara
                                                  mereka  menanam  hasil  segar  menggunakan  sistem
                                                  akuaponik  dan  hidroponik  di  rumah  hijau  kami  secara
                                                  lebih dekat.

    MUZIUM WARISAN MELAYU




     Muzium  ini  ditubuhkan  secara  rasmi  pada  bulan  Januari
     2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan
     memelihara  artifak  melayu  silam  untuk  didokumentasikan
     dan dipamerkan kepada umum. Ia dikaji secara mendalam
     oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan. Kewujudan
     muzium  ini  akan  memberi  info  kepada  masyarakat  umum
     untuk  mengenali  dan  menghayati  kehebatan  warisan
     melayu sejak zaman berzaman.                                                                                 7

          Lebih lanjut, layari: https://upm.edu.my/    Universiti Putra Malaysia          @uniputramalaysia
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14