Page 10 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 10

Manual Pengurusan SKDWA  2020



                                          SEJARAH SEKOLAH






               Asalnya  ,  Sekolah  Kebangsaan  Dato Wan  Ahmad  ialah  Sekolah  Melayu  Laki-laki.
               Mula  bertapak  di  kawasan  berhampiran  Masjid  Kangar.  Kemudian  ,tapak  tersebut
               dipindahkan  ke  kawasan  berhampiran  dengan  Penjara    Kangar  dan  Pejabat  Pos
               Kangar.

               Pengasasnya  tidak  dapat  dikesan  tetapi  mengikut  catatan  ,  sekolah  ini  diasaskan
               pada tahun 1898. Sekolah ini didirikan oleh Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1910
               setelah  negeri  ini  menjadi  Negeri  Melayu  Tidak  Bersekutu  di  bawah  naungan
               Inggeris.

               Pada awal tahun 70-an , Sekolah Melayu Kangar Laki-laki dipindahkan ke bangunan
               baru yang didirikan di kawasan Behor Temak, Jalan Kangar- Alor Setar kerana tapak
               yang lama dijadikan Pejabat Pendidikan  Negeri Perlis yang ada sekarang.

               Pada  22  Disember  1971,  sekolah  ini  dibuka  dengan  rasminya  oleh  Yang  Amat
               Berhormat  Tan  Seri  Sheikh  Ahmad  bin  Mohamad  Hashim,  Menteri  Besar  Perlis.
               Sekolah  ini  diberi  nama  rasmi  Sekolah  Kebangsaan  Dato‟  Wan  Ahmad  sempena
               nama tokoh  terkemuka  negeri  iaitu  Allahyarham  Dato‟ Wan  Ahmad  bin Wan  Daud
               JP.
               Pada tahun 1992, Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKPP) diwujudkan untuk
               memberikan  peluang  kepada  kanak-kanak  bermasalah  seperti  Down  Syndrome,
               Autisme, Hyperaktif dan sebagainya untuk mendapatkan pendidikan sempurna.


               Sebuah lagi kelas istimewa iaitu Program Integrasi Masalah Penglihatan (PIMP) pula
               telah  dibuka  pada  1  Mei  1998.  Satu-satunya  kelas  seperti  ini  di  Negeri  Perlis
               bertujuan  untuk  memberi  peluang  kepada  kanak-kanak  bermasalah  penglihatan
               mendapatkan pendidikan peringkat rendah.

               Pada  tahun  1998,  Sekolah  Kebangsaan  Dato‟  Wan  Ahmad  sudah  jauh  berubah.
               Sekolah ini telah dinaikkan taraf ke sekolah gred A pda tahun 1998, manakala dari
               segi  fizikalnya  pula  sekolah  ini  mempunyai  4  bangunan  ,  2  daripadanya  adalah
               bangunan 2 tingkat, 23 bilik darjah, bilik komputer, pejabat, bilik gerakan, bilik guru,
               perpustakaan ,makmal sains, bilik tayang, bengkel kemahiran hidup serta beberapa
               kemudahan lain.









                         9
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15