Page 131 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 131
Manual Pengurusan SKDWA 2020
KONSEP KOKURIKULUM
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan
setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan
di luar bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.
Penglibatan murid berasaskan kepada anggapan bahawa;
1. Semua murid harus mempunyai kesinambungan antara perkembangan
mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu
(sosial, jasmani dan rohani).
2. Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan.
3. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan
sebaya.
4. Sekolah juga bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk
keperluan masyarakat dan negara.
5. Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik
murid-murid.
FOKUS KOKURIKULUM
FOKUS 1(KEHADIRAN)
1.1 Kehadiran murid di dalam aktiviti/ perjumpaan Pasukan Badan Beruniform
(PBB) adalah 95% untuk 12 kali perjumpaan.
1.2 Kehadiran murid di dalam aktiviti/ perjumpaan Kelab dan Persatuan adalah
95% untuk 12 kali perjumpaan.
1.3 Kehadiran murid di dalam aktiviti/ perjumpaan 1Murid 1Sukan adalah 95%
untuk 12 kali perjumpaan.
FOKUS 2 (PENGLIBATAN)
2.1 Penglibatan 100% murid di dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.
130

