Page 2 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 2
Manual Pengurusan SKDWA 2020
Dari Meja Guru Besar
Rakan-rakan pendidik dan staf yang dimuliakan,
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana kita dipertemukan lagi pada tahun 2020 ini. Perjuangan
kita untuk agama, bangsa dan negara perlulah diteruskan bagi menyempurnakan tanggungjawab dan
amanah Allah s.w.t. Manual Pengurusan dan Takwim Tahun 2020 adalah sebagai panduan kepada
semua guru dan staf dalam melaksanakan tugas-tugas harian yang diamanahkan.
Bidang pendidikan di negara kita akan terus berkembang maju dan mengalami proses transformasi.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 merupakan suatu manifestasi kepada
proses transformasi yang direncana bagi meledakkan pembangunan pendidikan di negara ini. Proses
ini bagi menterjemah kepemimpinan, pengurusan, pembelajaran dan pengembangan potensi ilmu,
kemahiran serta kepakaran abad ke-21 perlu dijanakan seawal di peringkat sekolah lagi. Menerusi
proses pembangunan potensi yang dirancang secara berterusan dan dilestarikan penambahbaikan,
modal insan kelas pertama dan bertaraf „global player‟ akan dapat dihasilkan.
Dokumen SKPMg2 akan dijadikan sebagai “tool” pengukur prestasi dan kehebatan SKDWA pada
masa depan. Lantaran tersebut semua guru dan staf akan menjadikan dokumen SKPMg2 sebagai
rujukan dan panduan dalam melaksanakan keseluruhan aktiviti sekolah dan disesuaikan dengan misi
dan visi sekolah.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah wadah yang perlu direalisasikan dalam setiap diri murid
yang menjadi tonggak pada masa depan. Tiga elemen utama dalam FPK iaitu bakat, jati diri dan insan
seimbang perlu dijana dan digarap dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Semoga
apa yang kita rancang dan rangkakan menjadi impak kecemerlangan dan kegemilangan sekolah pada
tahun 2020 ini.
Tugas dan peranan kita sebagai guru mesti dilakukan secara profesional, terancang dan berkesan
kerana tahap profesionalisme akan mempengaruhi tahap kecemerlangan. Proses penambahbaikan
untuk memperbaiki kelemahan, memperkemaskan dokumentasi maklumat dan mempertingkatkan
prestasi pencapaian dalam semua bidang adalah tanggungjawab bersama pasukan SKDWA.
Setiap warga sekolah hendaklah sentiasa menyumbang idea, masa dan tenaga dalam satu pasukan.
Pasukan yang sentiasa bersepadu, sentiasa tolong-menolong, sentiasa bekerjasama, sama-sama
susah dan sama-sama gembira adalah ramuan yang sangat penting untuk SKDWA terus
melonjakkan kecemerlangan. Adalah diharapkan pengembelingan tenaga semua pihak dapat
melahirkan generasi pelajar yang cemerlang.
Sekian, selamat bertugas dan selamat maju jaya.
”KEPIMPINAN BERTRANSFORMASI MENJANA GURU BERKUALITI”
”SATU HALUAN SEHALUAN”
Yang menjalankan amanah;
(NADZMI BIN MAHYUDDIN)
Guru Besar, SK Dato‟ Wan Ahmad
1

