Page 52 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 52
Manual Pengurusan SKDWA 2020
PENGURUSAN PENTADBIRAN
JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET SEKOLAH
Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Setiausaha : Pn. Siti Zaliha bt Hassan (Pegawai Aset)
Naib Setiausaha : En. Saromy bin Subry
Ahli Jawatankuasa : Semua Ketua Panitia
Semua Guru Kelas
Guru Prasekolah
Penyelaras Bengkel, Bilik-bilik Khas Dan Makmal
Pembantu Tadbir
Pembantu Am Pejabat
Pembantu Teknikal
BIDANG TUGAS
1. Mengadakan mesyuarat secara berkala.
2. Bertanggungjawab untuk menerima dan mengesahkan aset yang diperolehi,
rujuk Lampiran E- Bab A: Penerimaan (Pekeliling Bendahari bil 1 Tahun
2008).
3. Membuat pemeriksaan ke atas aset sekurang-kurangnya sekali setahun.
4. Membuat pengesahan pendaftaran aset pada daftar aset mengikut pesanan
belian/tanpa pesanan belian, rujuk Lampiran E-bab B:Pendaftaran
(Pekeliling Bendahari Bilangan 1 Tahun 2008).
5. Memastikan dokumen pendaftaran dan pergerakan aset disimpan dalam
kabinet berkunci.
6. Mencetak dan mengemaskini daftar aset mengikut lokasi (KEW. PA -7)
sekurang-kurangnya sekali setahun.
7. Memastikan aset kerajaan disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa di
bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab. Arahan Keselamatan
Kerajaan hendaklah sentiasa dipatuhi bagi mengelak berlakunya kerosakan
atau kehilangan aset.
8. Memastikan program penyelenggaraan aset di PTJ dilaksanakan, rujuk
Lampiran E:bab D- Penyelenggaraan(Pekeliling Bendahari bil 1 Tahun
2008).
9. Mempastikan proses pelupusan peringkat PTJ adalah mengikut peraturan
yang berkuatkuasa, rujuk Lampiran E-bab E – Pelupusan(Pekeliling
Bendahari bil 1 Tahun 2008).
10. Menjadi urus setia pelupusan peringkat PTJ (Inventorirujuk Lampiran E-bab
E – Pelupusan(Pekeliling Bendahari bil 1 Tahun 2008).
51

