Page 9 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KE 21
P. 9
sebanyak 3 kali berturut-turut akan digugurkan.
4.3 Laporan Tahunan dicadangkan untuk diterima dan disahkan oleh Puan Aisyah Nolda
George binti Abdullah.
4.4 Encik A. Rahman bin Che Mat menyokong cadangan tersebut.
Tindakan: Untuk makluman
5.0 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Berakhir 31 Disember
2020
5.1 Bendahari PIBG Puan Zuraidah Binti Ali membentangkan Penyata Kewangan dari 1 Januari
2020 hingga 31 Disember 2020. Beliau meminta hadirin melihat muka surat 11 hingga 13
berkenaan penyata kewangan PIBG.
5.2 Puan Zuraidah binti Ali memaklumkan bahawa pada 1 Januari 2020, pihak sekolah telah
menerima jumlah penerimaan sebanyak RM 93,718.21 manakala jumlah pembayaran
sebanyak RM 38,884.05.
5.3 Puan Zuraidah binti Ali juga memaklumkan bahawa jumlah pada tarikh akhir 31 Disember
2020 iaitu sebanyak RM 54,834.16.
5.4 Puan Zuraidah binti Ali menyatakan beberapa bahagian penerimaan yang terdapat pada
muka surat 12 iaitu sumbangan PIBG dan juga sumbangan daripada pihak luar.
5.5 Pihak PIBG telah membelanjakan sebahagian besar peruntukan untuk program-program
sekolah iaitu program kokurikulum, program akademik, program hal ehwal murid, program
PPKI, dan lain-lain.
5.6 Puan Zuraidah binti Ali menerangkan bahagian perbelanjaan pada Nota 2 hingga 6 muka
surat 12 senarai bagi program-program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2020.
5.7 Puan Zuraidah binti Ali memaklumkan baki akhir Tabung Kecemerlangan 2020 pada muka
surat 11.
5.8 Puan Zuraidah binti Ali memohon agar menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan
2020.
5.9 Pn Zaleha binti Ismail mencadangkan supaya Penyata Kewangan diterima dan disahkan.
5.10 Puan Zuraini binti Masri menyokong cadangan tersebut.
Tindakan: Untuk makluman
6.0 Membahaskan Usul-usul
6.1 Tiada usul diterima
9

