Page 9 - 3D STUDIO MAX 6
P. 9
a. Keep Objects and Hierachy
Arahan ini digunakan untuk membuka satu fail baru tetapi dengan
mengekalkan objek-objek dan susunatur yang sedia ada pada fail
sebelumnya.
b. Keep Objects
Arahan ini digunakan untuk membuka satu fail baru tetapi dengan
mengekalkan objek-objek sahaja tanpa susunatur yang sedia ada pada
fail sebelumnya.
c. New All
Arahan ini digunakan untuk membuka satu fail baru tanpa apa-apa objek
dan semuanya adalah mengikut setting default.
3. Pilih salah satu dan klik OK
Aktiviti 2:
Membuka Fail 3D Studio Max 4 Yang Sedia Ada
1. Klik pada File > Open…
2. Akan keluar satu kotak dialog seperti berikut:
3. Pilih nama fail yang diperlukan (mempunyai sambungan .max) dan klik butang
Open.
4. Fail yang dikehendaki akan dibuka di dalam scene.
4

