Page 7 - Buku Pengurusan SMKDK 2021
P. 7
Teras Perkhidmatan Pendidikan 2021
IKRAR PERKHIDMATAN AWAM
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia, membuat ikrar di sini bahawa
semasa dan selagi kami berkhidmat dengan kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-
teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:
o Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
o Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
o Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
o Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
o Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
o Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan
o Berpegang teguh kepada ajaran agama.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :
o Kepercayaan kepada Tuhan
o Kesetiaan kepada Raja dan Negara
o Keluhuran Perlembagaan
o Kedaulatan Undang-undang
o Kesopanan dan Kesusilaan
BUDAYA KERJA SEKOLAH
1. Memahami dan Menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Memahami dan Menghayati Falsafah, Visi, Misi dan Matlamat Sekolah.
3. Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, jabatan dan Kementerian Pendidikan pada
setiap masa.
4. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.
5. Menentukan objektif dalam setiap tugas yang dijalankan.
6. Mengamalkan budaya kerja cemerlang secara berpasukan dan bermesyuarat.
7. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil dalam setiap masa.
8. Mengamal serta menghayati budaya perkhidmatan penyayang.
9. Kepimpinan melalui teladan.
10. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
11. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.
12. Kerja adalah ibadah.
3

