Page 32 - MODUL LATIHAN SUKAN - BOLA SEPAK SEKOLAH RENDAH
P. 32

Bola Sepak                                                                                Bola Sepak





                 Undang-undang 7: Jangkamasa Permainan                                                                 Undang-undang 8: Permulaan dan Memulakan Semula Permainan


                 a.    Jangkamasa Permainan                                                                            a.    Permulaan Perlawanan

                  Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali                                       Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol
                  terdapat persetujuan di antara kedua-dua pasukan dan pengadil diberitahu                                 atau memulakan perlawanan dilakukan dengan melambung duit syiling.
                  sebelum permainan dimulakan.  Contohnya mengurangkan masa untuk setiap                                   Pasukan yang kalah lambungan syiling akan membuat sepak mula.  Pasukan
                  separuh masa kepada 40 minit.                                                                            yang menang lambungan syiling akan membuat sepak mula pada separuh
                                                                                                                           masa kedua.
                 b.    Masa Rehat

                  Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa
                  pertama.  Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.

                 c.    Masa Tambahan
     32                                                                                                                                                                                               33
                  Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu
                  pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil
                  bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapatkan
                  rawatan.

                 d.    Tendangan Penalti


                  Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh
                  masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.


                 e.    Pemberhentian Perlawanan

                  Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan                                                  Rajah : Lambungan Syiling oleh Pengadil Perlawanan.
                  peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.
                                                                                                                       b.    Sepak Mula

                                                                                                                           Sepak mula merupakan cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan
                                                                                                                           semula perlawanan pada separuh masa kedua.  Sepak mula juga dibuat selepas
                                                                                                                           jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa
                                                                                                                           perlawanan semasa tambahan masa.  Jaringan boleh dibuat terus daripada
                                                                                                                           sepak mula.
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37