Page 17 - BUKU PENGURUSAN PSS 2020 LATEST_Neat
P. 17
BUKU PENGURUSAN PUSAT SUMBER ANJUNG SERI 36 2020
SENARAI TUGAS PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
TINDAKAN : CIKGU SITI ROZAINIE BINTI MAT
1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa
pengurusan Pusat Sumber Sekolah..
2. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat
dan literasi teknologi pendidikan.
3. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa
pengurusan Pusat Sumber Sekolah
4. Merancang dan melaksana dasar, program jangka panjang dan program
tahunan Pusat Sumber Sekolah.
5. Merancang pemerolehan, pembinaan dan pengurusan koleksi
yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.
6. Merancang, menyelaras dan melaksana akses kepada koleksi Pusat Sumber
Sekolah melalui satu sistem pengesanan maklumat yang cekap dan berkesan
melalui penggunaan carian maklumat secara berkomputer.
7. Merancang, menyelaras dan membantu murid dalam mengenal pasti,
mengesan dan menginterpretasi maklumat yang terdapat di dalam dan luar
Pusat Sumber Sekolah.
8. Merancang dan melaksana perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat
menyokong Tindakan pengajaran dan pembelajaran.
9. Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan staf
berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
10. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam menggunakan pelbagai
kaedah instruksional berasaskan sumber dan teknologi pendidikan yang
berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
11. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam pentaksiran, penilaian
dan penyampaian maklumat serta penghasilan media. .
12. Bekerjasama dengan Guru ICT dalam memberi bantuan penggunaan
teknologi pendidikan, teknologi baru, undang-undang dan peraturan yang
berkaitan dengan penggunaan maklumat dan penghasilan pelbagai media.
17

