Page 24 - BUKU PENGURUSAN PSS 2020 LATEST_Neat
P. 24

BUKU PENGURUSAN PUSAT SUMBER ANJUNG SERI 36  2020





             SENARAI TUGAS GURU ICT /BESTARI
             TINDAKAN  : CIKGU WONG SIONG JIUNG

             1.  Pengurusan ICT Sekolah

             1 . Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata
             pelajaran untuk menyediakan kemudahan ICT yang terdapat disekolah bagi
             tujuan pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran.


             2 Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata
             pelajaran untuk menyelaras pembekalan perisian-perisian aplikasi pendidikan di
             sekolah berdasarkan keperluan bagi tujuan pengintegrasian dalam pengajaran
             dan pembelajaran.


             3.  Mengurus dan menyelaras dan menyediakan akaun pengguna emel bagi
             warga sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
             pentadbiran sekolah.


             4. Merancang, menyelaras dan mengurus dan menjadualkan penyelenggaraan
             (corrective dan preventive) kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi
             pendidikan oleh Juruteknik Komputer serta menyelesaikan masalah teknikal yang
             mungkin timbul dari semasa ke semasa

             5. Mengurus, memantau dan melaksana program bagi mempromosipenyaluran
             maklumat berkaitan integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan keselamatan
             data yang berkaitan dengan teknologi di sekolah

             2.  Khidmat Bantu Kepakaran ICT Sekolah
                 Pentadbir, Guru dan Staf

             1.  Merancang dan menyediakan khidmat bantu di sekolah sebagai pakar rujuk
                berkaitan teknologi pendidikan untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan
                pentadbiran.
             2.  Merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan dan bimbingan
                untuk guru meningkatkan kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran murid
                dengan mengintegrasikan ICT melalui pengajaran dan pembelajaran.
             3.  Membantu guru dalam pembangunan objek pembelajaran serta bahan
                pengajaran dan pembelajaran yang bolehdigunakan dalam pelbagai
                platform, seperti laman web,pangkalan data, aplikasi interaktif, blog, wiki,
                laman perkongsian video dan lain-lain untuk membantu guru mengintegrasi
                ICT dalam P&P




                                                                                                           24
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29