Page 139 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 139

Laporan Tahunan MPIC 2017
          138     Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi






             Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP)

             i.  RCEP adalah perjanjian bagi pembentukan sebuah kawasan perdagangan bebas yang melibatkan 10 buah
                negara ASEAN dan 6 buah negara rakan dagang iaitu China, India, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New
                Zealand.

             ii.  Sehingga akhir tahun 2017, sebanyak 20 rundingan RCEP telah diadakan.
             iii.  Jumlah eksport agrikomoditi ke negara RCEP bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM64.55 bilion dengan
                jumlah eksport tertinggi ke China diikuti Jepun dan India.


             Keanggotaan MPIC Dalam Badan-Badan Antarabangsa

             Common Fund for Commodities (CFC)

             •  Common Fund for Commodities (CFC) adalah sebuah institusi kewangan di bawah rangka kerja Pertubuhan
                Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang ditubuhkan pada tahun 1980 dan mula beroperasi pada tahun 1989,
                dengan keanggotaan sebanyak 101 buah negara ahli dan 9 buah institusi.

             •  Objektif CFC adalah untuk menambah baik pembangunan sosio-ekonomi pengeluar-pengeluar komoditi
                dan memfokuskan kepada penghasilan komoditi, pemprosesan, perkilangan dan perdagangan bagi
                memanfaatkan golongan miskin / kurang berkemampuan.  Perkara ini direalisasikan melalui pelaksanaan
                aktiviti-aktiviti  berkaitan dan sumbangan dana sukarela dan  capital subscription yang disalurkan oleh
                negara-negara ahli.

             •  Negara-negara ahli CFC dibahagikan mengikut Konstituensi. Terdapat 24 buah Konstituensi dalam CFC.
                Malaysia, Indonesia, Papua New Guinea dan Singapura diletakkan di bawah Konstituensi 22. Malaysia
                dan Indonesia yang merupakan dua buah negara pengeluar agri komoditi terbesar dalam Konstituensi ini
                mempunyai jumlah undi yang terbesar dan bergilir-gilir menyandang jawatan Executive Director (ED) dan
                Alternate Executive Director (AED) setiap dua tahun. Kini, Malaysia memegang jawatan sebagai ED dan
                Indonesia sebagai AED bagi tahun 2018 hingga 2020.
             •  Majlis Gabenor (Governing Council) adalah badan tertinggi yang membuat keputusan bagi CFC. Semua
                negara ahli menganggotai Majlis Gabenor dengan gelaran jawatan sebagai Gabenor CFC. Malaysia diwakili
                oleh Ketua Setiausaha MPIC sebagai Governor dan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Perancangan
                Strategik dan Antarabangsa sebagai Alternate Governor.

             •  Bagi  membolehkan  CFC  selari  dengan  perubahan  semasa,  pindaan  terhadap  Perjanjian  Penubuhan
                CFC  telah  dibuat  bagi  memperkukuhkan  lagi  fungsi  dan objektif  CFC. Pindaan  ini  dijadualkan untuk
                dikuatkuasakan pada 10 Januari 2019.
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144