Page 29 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 29

28     Laporan Tahunan MPIC 2017





        PAMERAN WORLD

        PALM PORTRAITS DAN

        PELANCARAN DUIT

        SYILING PERINGATAN

        ULANG TAHUN INDUSTRI

        MINYAK SAWIT

        MALAYSIA KE-100


         Pameran   “World   Palm   Portraits  bertemakan
         “Pengembaraan    yang   Menakjubkan”   sempena
         menyambut ulang tahun kebangsaan yang ke-100 industri
         minyak sawit di Malaysia. Pameran tersebut telah di
         adakan dari 27 Julai 2017 hingga 27 Ogos 2017 bertempat
         di Sasana Kijang, Kuala Lumpur.

         Pameran  World Palm Portraits menjadi penanda aras
         kerjasama antara Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan
         Bank Negara  Malaysia. MPOC  mengundang penghayat
         seni untuk menghayati foto-foto yang berkisarkan tanaman
         sawit ini.

         Selain  itu, turut  dipamerkan adalah  Duit  Syiling 100
         Tahun Industri Kelapa Sawit didalam bentuk replika dan
         duit syiling sebenar. Pada 27 Julai 2017, YB Datuk Seri
         Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan
         Komoditi telah melancarkan Duit Syiling Peringatan Ulang
         Tahun Industri  Minyak  Sawit Malaysia  ke-100 di  Muzium
         dan Galeri Seni, Bank Negara Malaysia, Sasana Kijang,
         Kuala Lumpur.

         Foto-foto  yang  dipamerkan  dalam  pameran  ini
         kebanyakannya telah memenangi pertandingan serta
         penyertaan terbaik daripada Pertandingan Fotografi “World
         Palm Potraits” MPOC bagi tahun 2013-2017. Koleksi
         menarik ini merangkumi foto-foto disebalik industri. Ia
         merungkai kisah sebenar tentang kecekalan, kegigihan dan
         harapan melalui raut wajah peladang, pemandangan yang
         menakjubkan serta hidupan liar sekaligus membuktikan
         bahawa minyak kelapa sawit telah mengubah kehidupan
         berjuta-juta penduduk. Ia memberikan masa hadapan
         manusia sejagat yang lebih baik dan bekalan makanan
         yang selamat untuk dunia.
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34