Page 35 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 35

34     Laporan Tahunan MPIC 2017





             HUBUNG JALIN RAKYAT






                  Program Hello Komoditi

                  Program Hello  Komoditi ini merupakan  salah satu program turun padang Kementerian Perusahaan
                  Perladangan dan Komoditi (MPIC). Ia merupakan suatu medan pertemuan antara Kementerian, agensi
                  dan pekebun-pekebun kecil untuk berkongsi pelbagai maklumat berkaitan inisiatif yang dilaksanakan
                  pihak Kerajaan untuk memajukan sektor komoditi.

                  Program Hello Komoditi diadakan bertujuan untuk:

                  •  Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat terutamanya para pekebun kecil dan usahawan
                    berhubung dengan tanaman komoditi seperti sawit, getah, kayu kayan, koko, lada dan kenaf;
                  •   Memberikan pendedahan kepada pekebun kecil mengenai bantuan dan insentif yang disediakan oleh
                    MPIC dan agensi dalam usaha meningkatkan produktiviti pekebun kecil; dan
                  •   Memberikan pendedahan kepada golongan belia mengenai peluang mengikuti latihan dalam sektor
                    perladangan dan komoditi serta peluang keusahawanan berasaskan komoditi yang berpotensi untuk
                    meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.

                  Program Hello Komoditi disasarkan kepada golongan belia, pekebun kecil, usahawan komoditi, penggiat
                  industri komoditi dan masyarakat setempat. Aktiviti yang dijalankan semasa program meliputi seminar
                  komoditi, pameran, kaunter khidmat nasihat, demonstrasi dan jualan produk komoditi.

                  Pada tahun 2017, sebanyak 2 siri Program Hello Komoditi telah dilaksanakan iaitu Hello Komoditi Teluk
                  Intan pada 25 Mac 2017 bertempat di Dewan Bandaran, Teluk Intan, Perak dan juga Hello Komoditi Lahad
                  Datu pada 21 Oktober 2017 bertempat di Felda Sahabat 16, Lahad Datu, Sabah. Program Hello Komoditi
                  Teluk Intan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan
                  dan Komoditi manakala program Hello Komoditi Lahad Datu telah dirasmikan oleh YB Datuk Datu Nasrun
                  Datu Mansur, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.


              Program Hello Komoditi Teluk Intan pada 25 Mac 2017 bertempat di Dewan
              Bandaran, Teluk Intan, Perak
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40