Page 76 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 76
Komoditi Malaysia Di Mata Dunia 75
Bagi EPP 11 – Pengkomersilan Ekoprena® & Pureprena®, sehingga Disember 2017, pengeluaran kedua-dua
bahan tersebut telah mencatatkan 396 tan metrik atau 57% daripada sasaran 700 tan metrik. Pencapaian
pengeluaran yang rendah adalah disebabkan oleh keadaan ekonomi dunia yang kurang memberangsangkan
secara keseluruhannya dan kejatuhan harga minyak mentah dunia memberi implikasi kepada permintaan
terhadap getah asli termaju ini kerana harganya yang premium.
Program Pemerkasaan Bumiputera Sektor Getah
Di bawah KPI Pemerkasaan Bumiputera, tiga program dilaksanakan pada tahun 2017 di bawah 3 teras KPI iaitu
Pemerkasaan Bumiputera Dalam Sektor Huluan, Sektor Pertengahan dan Sektor Hiliran Komoditi.
Bagi teras Program Pemerkasaan Bumiputera Dalam Sektor Huluan, program Pembangunan Usahawan
Perladangan Getah dilaksanakan dengan menyasarkan 3 orang usahawan yang menghasilkan purata
produktiviti hasil getah sebanyak 1,200 kg/ha/tahun ke arah mencapai pendapatan RM4,000 sebulan.
Bagi teras Pemerkasaan Bumiputera Dalam Sektor Pertengahan, Program Pembangunan Usahawan Getah
Crepe dilaksanakan yang menyasarkan 3 usahawan yang membantu dalam meningkatkan pendapatan pekebun
kecil melalui perkongsian keuntungan, peningkatan pengeluaran dan penghasilan produk tambah nilai.
YB Timbalan Menteri MPIC melawat pameran Program Pemerkasaan Bumiputera Sektor Getah

