Page 88 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 88

Komoditi Malaysia Di Mata Dunia   87






                   Getah Di Peringkat Global

                   International Tripartite Rubber Council (ITRC)

                   ITRC merupakan rangka kerjasama tiga-hala dalam sektor getah di antara Thailand, Indonesia dan Malaysia yang
                   dimeterai pada 12 Disember 2001 di bawah Deklarasi Bersama Peringkat Menteri (Joint Ministerial Declaration)
                   yang juga dikenali sebagai Deklarasi Bali. Forum antarabangsa ini menggabungkan tiga buah negara pengeluar
                   getah asli utama dunia yang secara bersama menyumbang sebanyak 66.5% pengeluaran getah asli dunia.
                   Kerangka kerjasama bertujuan mengimbangi bekalan dan permintaan di samping mengukuhkan harga getah
                   asli.

                                                            Ministerial
                                                           Committee




                                                                                 IRCo
                          Thai            ITRC
                         NTRC                                                 (Consortium)      Thailand (4)

                                          Senior
                       Indonesian        Of cials             IRCo             IRCo BoD        Indonesia (3)
                         NTRC                              Management
                                        Committee
                        Malaysian                                                              Malaysia (2)
                         NTRC





                            Statistical   AETS Monitoring
                            Committee       Committee         DPSC          EGERRM           CSMO



                                                                              TWG
                                                                           BYE-LAWS


                   Sepanjang tahun 2017, ITRC bergerak dengan aktif dalam usaha untuk terus menstabilkan harga getah asli
                   melalui tindakan berikut:

                   i.  Dalam usaha untuk memeterai perjanjian di antara ketiga-tiga negara ITRC dan Vietnam sebagai anggota
                      baharu ITRC. Adalah dijangkakan penyertaan Vietnam mampu meningkatkan pengeluaran getah asli ITRC
                      kepada 72% pengeluaran getah asli dunia dan eksport kepada 85%, memandangkan Vietnam merupakan
                      pengeluar getah asli ketiga terbesar dunia;
                   ii.  Memperkukuh kolaborasi penyelidikan dan pembangunan dalam  Rubberised Road di antara Institut
                      Penyelidikan negara-negara anggota ITRC, di mana pelaksanaannya akan meningkatkan penggunaan
                      getah asli dan secara tidak langsung akan memberikan impak positif kepada harga getah asli;
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93