Page 17 - MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB STAF 2020_2021_28 APR
P. 17
LaporanJuruaudit Dalaman
Kelab Staf Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka
Kepada,
Pendaftar Pertubuhan
Anggota-anggota Kelab Staf Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka
Kami telah mengaudit penyata kewangan Kelab Staf Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka, yang mengandungi
Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 dan lain-lain nota keterangan pada
Lampiran C.
Tanggungjawab Pegawai terhadap Penyata Kewangan
Pegawai adalah bertanggungjawab ke atas penyediaan penyata kewangan yang benar dan saksama menurut
Undang-Undang Pertubuhan dan kawalan dalaman yang bersesuaian dalam penyediaan penyata kewangan yang
bebas daripada salah nyata yang ketara, samada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan.
Tanggungjawab Juruaudit
Tanggungjawab kami ialah menyatakan pendapat tentang penyata kewangan berdasarkan pengauditan kami.
Sesuatu audit melibatkan pelaksanaan prosedur untuk memperolehi bukti audit mengenai amaun dan pendedahan
dalam penyata kewangan. Prosedur yang dipilih bergantung kepada pertimbangan kami.
Tanpa menjejaskan pendapat kami, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
1. Tunai di tangan sebanyak RM2004.51 adalah melebihi amaun yang ditetapkan seperti yang termaktub dalam
undang-undang pertubuhan kelab, bahagian kewangan fasal 10(2) dan perlu dimasukkan ke dalam bank akaun.
2. Terdapat pembelian yang dilakukan tanpa pembuktian resit pada perbelanjaan melebihi RM1000.00.
3. Perbelanjaan-perbelanjaan yang berjumlah RM5000.00 dan ke atas pada satu-satu masa tidak boleh diputuskan
oleh Mesyuarat Jawatankuasa. Ia perlu diluluskan dalam Mesyuarat Agong terlebih dahulu. (Fasal 10 perkara 4).
Kami percaya bahawa audit kami telah memberikan asas yang munasabah untuk menyatakan pendapat kami.
Pendapat
Pada pendapat kami, penyata kewangan tersebut telah disediakan dengan wajar mengikut Undang-undang
Pertubuhan, untuk memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kelab Kolej
Profesional MARA Ayer Molek pada 31 Disember 2019 dan prestasi kewangannya serta aliran tunai bagi tahun
berakhir pada tarikh tersebut.
Laporan Mengenai Keperluan Perundangan
Kami juga melaporkan pada pandangan kami:
(a) rekod-rekod perakaunan dan lain-lain rekod disimpan dengan wajar.
(b) penerimaan dan perbelanjaan kelab staf sepanjang tahun berakhir 31 Disember 2017 di rekod dengan
baik.
…………………………………….
Rozaida Binti Abu Shari
Pemeriksa Kira-Kira
Tarikh: 10 Julai 2020
Ayer Molek Melaka
17

